CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Saya Minta Maaf Sudah Beli Rumah Encik - Surat Lelaki Ini Tular Dan Meruntun Jiwa Netizen

22-12-2016 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13390| Komen: 120|Original author: Oleh: Adib ZA


Hasrat untuk membeli sebuah rumah lelong jadi terbantut bila perasaan 'tak sampai hati' muncul saat melihat rumah tersebut sudah pun berpenghuni.


Malah, lelaki ini sanggup membiarkan wang depositnya bernilai RM44,500 'hangus' begitu sahaja. 

Kisah lelaki yang dikenali sebagai Lee Hui Sen ini telah menarik perhatian netizen, malah mungkin seluruh Malaysia kerana dikatakan sanggup melepaskan sebuah rumah lelong yang telah dibelinya. 

Dia telah menulis surat kepada tuan rumah berkenaan dan menyatakan rasa simpati malah meminta maaf kerapa sudah membeli rumah tersebut. 


“Saya meminta maaf sebab sudah beli rumah encik dan mungkin buat encik dan keluarga encik risau dan bimbang.


“Hari itu, keluarga saya ada pergi ke rumah encik dan kita ada nampak baju-baju budak di luar rumah. Keluarga saya bersimpati nak halau encik, kalau selepas kita sudah beli rumah encik,” tulis lelaki itu melalui sepucuk surat yang telah ditularkan seorang wanita di laman sosial. 

"Keluarga saya sudah buat keputusan, untuk tidak beli rumah encik lagi. Walaupun kita sudah payah (bayar) 'high court' 10% (RM44,500).

"Kita akan kehilangan wang itu, tapi itu wang akan pergi ke bank account rumah encik. Harap itu adalah penolongan (pertolongan) kecil untuk encik," tulisnya lagi. 


Ternyata perkongsian yang menjadi tular di laman sosial itu benar-benar memberi impak di kalangan netizen. Bayangkan, siapa yang sanggup bersedekah sehingga RM40,000 hanya kerana perasaan tak sampai hati? Malah, mereka sendiri bukanlah datang dari keluarga yang senang. 

Setakat ini perkongsian itu telah mendapat hampir 4,000 'share' dan lebih 5,000 'like'. 

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro isteri pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Nor, 42 berkata dia menemui surat berkenaan di peti suratnya pada 21 Julai lalu.

"Saya tak percaya sebab takut kena 'scam' atau orang buat main-main, tetapi bila saya buat semakan menerusi peguam memang benar pembeli berkenaan tulis surat itu.

"Saya tak kenal dan tidak tahu pembeli itu tetapi rasa bersyukur sangat kerana bila dapat surat untuk kosongkan rumah itu saya dah putus harapan," katanya.


Ujarnya memang ada sedikit masalah berhubung pembayaran rumah itu sehinggakan ia pernah dilelong empat kali sejak dua tahun lalu. 

"Hasrat nak selesaikan masalah pinjaman bank masih membelenggu saya sehingga sekarang walaupun sudah membayar RM40,000.

"Bank menjanjikan kepada saya untuk menjadualkan semula pinjaman selepas saya buat bayaran itu dan tidak akan memufliskan saya.

"Malangnya, bank berkenaan tidak menunaikan janji dan melelong rumah saya tanpa sebarang notis selepas memufliskan saya," terangnya. - CARI 
8

Bagus
12

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taikor 20-12-2016 11:52 PM
amno mana amno. tak mo tolong ka
Quote sayawifenikmie 21-12-2016 12:03 AM

tak payah tunggu jadi Islam dulu baru nak jadi orang yg baik hati ................
Quote b!natang 21-12-2016 12:04 AM
Pencacai pprt karang surat untuk buat cerita pun bahalol bahalol kat sini layan. Hahahahaa
Quote idakamaruddin 21-12-2016 12:07 AM
jahat sgt bank ni...mcm tau je bank mana

Quote Lolalala 21-12-2016 12:17 AM
pesanan peribadi tu boleh la abang ikut.. kemas laman rumah bg tenang dan good energy masuk
Quote munchkin 21-12-2016 12:26 AM
Moga dimurahkan rezeki bagi en lee hui sen.
Quote unhas 21-12-2016 12:41 AM
Ini baru satu malaysia. Nak tolong orang tak tgk bangsa
Quote Andyscenes 21-12-2016 01:20 AM
idakamaruddin replied at 21-12-2016 12:07 AM
jahat sgt bank ni...mcm tau je bank mana

bank apa kak?
Quote akusukaq 21-12-2016 07:52 AM
aiiyaaa manyak moloh, itu mcm surat layang pun lu olang boleh pucaya.apa apa alamat rumah , dokument sahih pun tatak.
Quote zuri154 21-12-2016 08:12 AM
ntah2 cina tu x jd nk beli sebab fengshui rumah tu tak bagus. dlm surat tu pun dia ada tulis pasal energy rumah tu.

yg menjatuhkan status bankrupt adalah mahkamah. bank hanya memohon je. mungkin juga suami akak tu ada hutang selain rumah itu. mungkin bank lain yg htr ke mahkamah utk mohon status kebankrupan tu. dan pada masa yg sama akak tu pun ada masalah hutang di bank lain mcm hutang rumah ni.
Quote Suchi 21-12-2016 08:28 AM
kira skrg harga umah tu dah RM445k la kan.
Sbb 10% deposit.


Ade terbaca komen org kt siakap keli ikutkn rumah tu sblm ni harga 180k gitu.
Pastu ade yg ckp kalo dah byr deposit 10% tp tak jelaskn lg 90% dlm masa 3 bln umah tu akn di lelong balik dan duit deposit tu burn gitu jelah.
Quote insulin 21-12-2016 08:31 AM
Keluarga yang bertuah...
Quote insulin 21-12-2016 08:31 AM
Keluarga yang bertuah...
Quote Modngengade 21-12-2016 08:32 AM
tered dah ada dibuka oleh macai DAPig  @bangcak


http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1


@spiderman80
Quote haryatie 21-12-2016 08:37 AM
kalau da rezeki kan...
baiknya laaa..
Quote Simunggu 21-12-2016 09:20 AM
the more u give the more u will get back....janji Allah itu pasti...
Quote idakamaruddin 21-12-2016 09:40 AM
nthla uolss..iols percaya je kuasa Allah tu...mgkn laki bini hari2 buat tahajud minta tlg dr Allah... kita mana tau...dlm sekelip mata ada hamba Allah lain dtg tolong

sbb iols percaya je kuasa doa tu... sbb dh penah lalui... cpt atau lambat mesti Allah perkenankan...

Quote gaara_X 21-12-2016 09:43 AM
ermmmmm.....puok umenok tak nak bagi sijil penghargaan ke...
Quote axl_bach 21-12-2016 10:54 AM
akusukaq replied at 21-12-2016 07:52 AM
aiiyaaa manyak moloh, itu mcm surat layang pun lu olang boleh pucaya.apa apa alamat rumah , dokument ...

Bleh ke duit deposit yg ahchai tu bayo masuk akaun bank umah pocit melayu tu??  bkn burn dpt kat bank ke??

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.183046 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top