KUALA LUMPUR: Sebuah van yang diletakkan di bahu jalan berhampiran tapak pembinaan sebuah kondominium, Bukit OUG, Jalan Klang Lama, di sini, remuk dihempap kren, dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam. Dalam kejadian itu, kren yang mengangkat besi untuk pembinaan dikatakan terlebih muatan lalu tumbang menghempap van berkenaan. Bagaimanapun, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan pemilik kenderaan terbabit dipercayai pekerja tapak pembinaan itu. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian itu disedari sebaik dia pulang bekerja sehinggakan laluan pulang ke rumahnya sesak teruk sebelum melihat tiang kren melintang laluan berkenaan. “Saya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu. Mujur ketika kejadian laluan itu tidak dilalui penduduk. Laluan terbabit sering digunakan penduduk Kondominium Bukit OUG dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah,” katanya. Menurutnya, polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian dan kren berkenaan dapat dialihkan beberapa jam selepas kejadian menyebabkan berlaku kesesakan teruk. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/06
|
9
Bagus |
1
Marah |
11
Terkejut |
8
Sedih |
13
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT