Alahai, mudahnya orang kita lupa daratan dan juga berlagak sombong tak kena tempatnya. Baru sahaja 'menghuni' kota London sudah pandai meninggi diri. Terasa hebat sangatkah diri bila menetap di negeri Mat Saleh?
Seorang netizen yang katanya yang sedang melancong di United Kingdom mendapati kebanyakan orang kita yang ditemui di sana bukan main sombong-sombong semuanya. "Dua hari ini memborong barang-barang kat sini, tapi tiap kali masuk kedai branded ini mesti ada je jumpa Melayu, lebih 70 percent Melayu yang aku jumpa mesti sombong dan berlagak, pandang kami atas bawah. "Paling kecewa aku masuk kedai Hackett kat Piccadilly..ada 1group Melayu kat pintu masuk ngah berkumpul tunggu orang, sebab aku nak masuk aku tegurlah group ni siap sengih lebar, tapi semua pandang aku atas bawah pastu wat bodo cam tak dengar," tulis lelaki bernama Mazlan ini di laman Facebook.
Situasi ini sebenarnya bukan sekali dua didengari, malah orang kita memang dikatakan mudah lupa diri bila berada di luar negara. Benarkah? Dan mengapa ia boleh terjadi? "Please lah Melayu bodoh kat London ni..sampai bila hidung kau nak tinggi dari dagi, dulu aku pernah pergi London dengan geng-geng Menteri, Melayu bodoh ni yang terhegeh-hegeh salam cium tangan.." Ramai yang setuju dengan status ini dan mereka turut memberikan komen tentang sikap negatif orang kita bila duduk di luar negara. "Saya pun perasan juga, orang Asia kita ni banyak yang sombong bila dah duduk oversea, bila bertembung mesti muka masam dan bila kita pandang terus tarik muka.." kata seorang netizen. Apa pun, sentiasalah berpijak di bumi nyata, walau setinggi manapun anda pergi asal usul jangan mudah dilupakan. Bagaimana pula dengan anda, pernahkah terserempak dengan golongan sebegini? - CARI |
11
Bagus |
17
Marah |
18
Terkejut |
3
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
applemy replied at 28-12-2016 08:20 PM
Bila bertandang ke landen.. Melayu jarang usha2 ai sebab rupa ai tak melayu sgt (lariiiiiii )
...
ADVERTISEMENT