CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPAD Cadangkan Bas Ekspres Pasang CCTV & Pengehad Kelajuan

28-12-2016 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3196| Komen: 10


Susulan kejadian nahas bas ekspres di Johor yang mengorbankan 14 penumpang, Sabtu lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesyorkan agar pengusaha syarikat bas memasang CCTV dan penghad kelajuan dalam kenderaan mereka.


Demikian cadangan pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar supaya boleh membantu untuk memantau tingkah laku pemandu dan nilai apa yang benar-benar berlaku ketika kemalangan.

Memetik laporan The Sun, beliau berkata, bas baharu yang diperkenalkan di pasaran perlu ada pengehad kelajuan pasang siap, tetapi setakat ini banyak yang masih belum dilengkapi dengan teknologi itu.

"Banyak bas lama tidak dapat dipasang dengan pengehad kelajuan kerana menggunakan teknologi lama, tetapi tidak ada alasan untuk pengeluar bas pada tahun terkini tidak memasangnya."

“Masalahnya ialah, cuba lihat berapa banyak bas sedia ada sudah memasangnya, dan berapa yang belum. Dan bila kemalangan berlaku, ia biasanya kerana mereka tidak mematuhi peraturan dan syarat keperluan SPAD.”


Bagaimanapun, tegas beliau cadangan itu boleh dilaksanakan tetapi kajian terperinci perlu dilakukan.

Terdahulu Ogos 2013, Syed Hamid dilaporkan pernah berkata, SPAD melihat kemungkinan untuk menguatkuasakan pemasangan CCTV, GPS dan kamera DVR di papan pemuka untuk bas ekspres dan bas persiaran, susulan kemalangan bas di Genting Highland yang mengorbankan 37 penumpang pada 21 Ogos tahun itu.- CARI

sumber foto: Grafik CARI



1

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redwed 28-12-2016 10:56 PM
Apa fungsi spad ni? Apa beza dia dengan jpj? Nak suruh pasang itu ini, tapi penguatkuasaan selepas itu?? Macam tu jer la.
Quote batmana 28-12-2016 11:52 PM
wajibkn la menteri naik bas dlu , klu pi mana2 tempat. tkyah escort bagai, termasukla
bila maut, jatuh gaung, otomatik cadangan tu semo akan terlaksana.

ni semua cadang mcm2, tapi hasil kelaut juge.
Quote kemaruk 28-12-2016 11:53 PM
Bila peon berkata kata..
Quote WhiskeyScotch 29-12-2016 12:12 AM
Satu pasal Malaysia ni perkara dah berlaku baru terhegeh-hegeh nak cari penyelesaian.

Tiada pre-emptive measure langsung!!!
Quote xy_daen 29-12-2016 12:16 AM
SPAD bebal...isu keselamatan pengangkutan penumpang ni dah lama since awal penubuhan tapi SPAD menggajikan pekerja2 yang bukan dari bidang pengangkutan dan x tau subject matter...selepas 6 tahun masih belum ada perubahan dalam sistem pengamgkutan awam negara...:zz


SPAD gagal...
Quote xy_daen 29-12-2016 12:19 AM
By the way speed limiter ni dah berjaman dibincangkan dan dah diputuskan agar dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan since 2009 lagi...sampai sekarang senyap. AES pun senyap...
Quote mbhcsf 29-12-2016 12:42 AM
Malaysia ni dia reactive lah, kalau jadi sesuatu baru nak tengadah.
selalu sangat kes bus express ni,  yg baik tu baik tapi kes  kes ni dok ulang ulang sebab faktor manusia. so. kalau sistem apa pun , kalau yg bermasalah tu wujud then...sama jugak

so lebih baik tambah baik ETS , mantapkan bilangan koc dan trips  dan mantapkan juga domestic flights - discount MH flight huhuhu bagi sapa yg nak balik.

sebab  bukan semua bus lagu tu tapi kes ni banyak libatkan bus la.
Quote Wanieesyah 29-12-2016 12:56 AM
xy_daen replied at 29-12-2016 12:19 AM
By the way speed limiter ni dah berjaman dibincangkan dan dah diputuskan agar dilaksanakan oleh Keme ...

Betul.. agaknya dah 5 org menteri pengankutan bertukar.. x jugak di laksanakan..
Ramai yg mati sebutlah..kejap lagi lupa.. hinggalah ada lagi yg meninggal ramai-ramai
sigh... oh Malaysiaku..

Quote Wanieesyah 29-12-2016 01:00 AM
Pernah naik bas KXXX dari JB ke KL 3 jam aje..
tak putus aku berdoa sepanjang perjalanan tu.. taubat
x hingin aku naik lagi bas KXXX  ni..
Quote mziskandar 29-12-2016 01:29 AM
blackbox.. gps.. bkn dh prnh psng ke >10 thn dulu..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039590 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top