CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mohon Tidak Siarkan Lagu Dendangan SM Salim Dalam Masa Terdekat Ini

30-12-2016 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5949| Komen: 50

Bagi memenuhi amanat ditinggalkan Tan Sri SM Salim, stesen radio serta badan penyiaran tempatan diharap agar tidak menyiarkan lagu-lagu dendangan Allahyarham dalam tempoh terdekat.


Demikian pesanan keluarga Allahyarham Tan Sri SM Salim kepada pemberita di kediaman semalam.

Memetik laporan Astro Awani, anak Allahyarham, Sheikh Shamsul Sheikh Salim berkata amanat ayahnya semasa hayatnya, lagu-lagu nyanyiannya tidak disiarkan sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggal dunia.

"kami berharap media tidak memainkan lagu Allahyarham sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hingga 10 hari namun terpulang kepada budi bicara untuk menyusun apa yang terbaik.”

Shamsul berkata perkara itu pernah dibincangkan bersama bapanya yang berpesan supaya lagu-lagu beliau tidak dimainkan selepas pemergiannya.

Namun Shamsul berkata ia adalah perkara subjektif kerana kebanyakkan hasil seni Allahyarham berada dalam simpanan media.- CARI


sumber foto: Grafik CARI

17

Bagus
19

Marah
19

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 30-12-2016 12:14 PM
rtm sila ambil perhatian...
Quote deezeck 30-12-2016 12:16 PM
Kena hormat permintaan arwah

Jika kita sebagai anak dan ahli keluarga pun pasti tak suka suara yang dah meninggal masih diperdengarkan
Quote Peya 30-12-2016 12:17 PM
Yup. Pernah baca kat sokkabar mana ntah. Dia ckp minta stesen radio x mainkan lagu2 dia selama 44 hari. Tingat arwah abah n mak aku, suka lagu2 dia dulu
Quote lostfaith 30-12-2016 12:34 PM
Kalu dah nak lepas meninggal tak mahu lagu or lakonan disiarkan. Jgn jadi penyanyi or pelakon please. Overlah memasing.

Or beli semua hakvipta sebelum mati.barulah boleh deman demand.
Quote nolya 30-12-2016 01:38 PM
lostfaith replied at 30-12-2016 12:34 PM
Kalu dah nak lepas meninggal tak mahu lagu or lakonan disiarkan. Jgn jadi penyanyi or pelakon please ...

Kenapa sdr mengirimkan posting yg tidak bermutu dan tidak peka kpd kesedihan dan kehilangan pada satu pemergian.  TS SM Salim adalah seorang legenda dlm seni hiburan dan ada jasanya di kalangan anak seni (hiburan) dan negara.  Semua orang faham dan mengerti atas permintaan almarhum, sdr seorang shj yg memberikan posting yg jelik.  Jika tak ingin ucapkan takziah atau al-fatihah, maka diam itu lebih baik.
Quote kukulangau 30-12-2016 02:23 PM
ada tak sapa2 yang alim ulama atau setazah ke boleh tolong explain why tak boleh disiarkan
sebab lagu2 allahyarham lagu2 yang elok2 kan
bukan lagu2 macam kimberly cole ke
Quote lostfaith 30-12-2016 02:35 PM
nolya replied at 30-12-2016 01:38 PM
Kenapa sdr mengirimkan posting yg tidak bermutu dan tidak peka kpd kesedihan dan kehilangan pada s ...

Tak payah nak fefeeling sgtlah. Bosanlah perangai diva nak demand itu ini. Dah tahu penyani pelakon tulah risikonyer. Bukan seorang yg duk demand macam nie pun. Bukan jelik pun jadi artis.Kenapa nak malu.nak karya sendiri. Dah selama ini duk kata cari rezeki halal.
Quote pyropura 30-12-2016 03:14 PM
kukulangau replied at 30-12-2016 02:23 PM
ada tak sapa2 yang alim ulama atau setazah ke boleh tolong explain why tak boleh disiarkan
sebab la ...

Yuppp... baru nak tanya soklan nih  
Quote yasinfi 30-12-2016 03:15 PM
lostfaith replied at 30-12-2016 12:34 PM
Kalu dah nak lepas meninggal tak mahu lagu or lakonan disiarkan. Jgn jadi penyanyi or pelakon please ...


itu permintaan je bukan paksaan pun..lgpun pihak media tak sentap pun awak yg lebih2 over sangat.
Quote lostfaith 30-12-2016 03:18 PM
yasinfi replied at 30-12-2016 03:15 PM
itu permintaan je bukan paksaan pun..lgpun pihak media tak sentap pun awak yg lebih2 over sangat ...

Woooo comment jer. Sentap sgt kenapa. He he he he...
Quote tricomonas 30-12-2016 03:24 PM
Baik jangan siarkan terus selama lamanya..apa bezanya dgn pantang 30 hari,44 hari tu kan..
Quote kampderlieben 30-12-2016 03:27 PM
lostfaith replied at 30-12-2016 12:34 PM
Kalu dah nak lepas meninggal tak mahu lagu or lakonan disiarkan. Jgn jadi penyanyi or pelakon please ...

Xde perasaan seh.baik oegi meninggal.binatang mana tau taip kat forum.ni hantu nama ye
Quote white_musk 30-12-2016 03:27 PM
lostfaith replied at 30-12-2016 12:34 PM
Kalu dah nak lepas meninggal tak mahu lagu or lakonan disiarkan. Jgn jadi penyanyi or pelakon please ...

Akak pun berfikiran sebegitu...
Retis2 skrg harus noted lah ya benda2 seperti INI...
Quote Gadis_sarawak 30-12-2016 03:32 PM
Tak perlu kata apa2..arwah pun dah meninggal kita doa yang baik2 je,,
Quote lostfaith 30-12-2016 03:35 PM
Masa hidup tergelek atas.pentas. keluarga pun tumpang hlamer...bila mati malu ngan karya sendiri...keluarga pun sama. Tolonglah bukan jelik nyanyian kamu. Bukan hina pun. Selama nie cari rezeki dgn menyanyi buat persembahan. Ke rasa berdosa ke hapa....
Quote abangbikerz 30-12-2016 03:39 PM
Ini permintaan arwah. Kenalah dihormati sbb dh permintaan dier.

Cuma macam tak berapa logik ler sebab suara die bukan aurat pon. Dan keje penyanyi lelaki keje haram ke?
Quote nolya 30-12-2016 03:39 PM
lostfaith replied at 30-12-2016 02:35 PM
Tak payah nak fefeeling sgtlah. Bosanlah perangai diva nak demand itu ini. Dah tahu penyani pelako ...

Sdr juga tak perlulah berkomentar berlebih2an dgn kata2 yg jelik. Setinggi manakah bosannya sdr pada satu amanat yg wajar drp seorang yg sempat menempah nama dan menjadi tokoh dlm industri seni negara?
Ketika kita semua mendengar khabar kematian, semua orang yg kenal, tau dan apalagi mereka yg seangkatan dlm bidang yg sama dgn almarhum, akan merasa kehilangan.  Perginya seseorang yg Allah berikan satu keistimewaan bakat (penyanyi dan pelawak) yg tidak ada pada orang lain, jasa, kebolehan dan kejayaan allahyarham diakui semua rakyat tua-muda juga negara.  Permintaa almarhum hanyalah satu permintaan (bukan demand spt yg sdr sebutkan) semoga lagunya2 tidak diperdengarkan di corong2 radio atau tv selama tempoh 'berkabung' atau kedukaan.  Setelah tempoh berlalu, boleh saje lagu2 dendangan alm. diperdengarkan semula demi kelestarian ketokohan seorang anak seni agar kekal sepanjang zaman.

Cermati sedikit madah yg ingin sdr sebutkan. Apa lagi pada waktu menerima khabar kematian, kalau sudi sedeqahkanlah al-fatihah (jika sdr seorang muslim) atau jgn cakap apa2 tentang amanat alm sebelum pemergiannya.  Permintaan alm itu wajar dan tidak berlebihan, bukan demand dan bukan juga drp seorang yg merasakan dirinya diva. Jgnlah terlalu berburuk sangka sampai begitu. Saya yakin semua orang juga tau dan faham malah pihak radio dan tv juga memaklumi. Selanjutnya sdr tak perlu lagi menegakkan benang basah mempertahankan ketelanjuran kata2 sdr, dikhuatiri bawang akan busuk kerana cambahnya. Tak rugi kita menghormatilah orang lain supaya kita juga dihormati. Wassalam.

(Posting saya di atas bukan ceramah, bukan usrah dan bukan juga khutbah tetapi sekadar cetusan minda yg diajak untuk direnungkan. Makasih).

Quote Muntz 30-12-2016 03:44 PM
lostfaith replied at 30-12-2016 12:34 PM
Kalu dah nak lepas meninggal tak mahu lagu or lakonan disiarkan. Jgn jadi penyanyi or pelakon please ...

Tu lah pasal. Sharifah Aini pun mcm tu jugak dulu. Aku harap penyanyi2 baru ni jgn berdrama mcm tu jugak lar. Taknak org main lagu time mati nanti, tolonglah fikir balik keputusan utk jadi penyanyi.

Quote lostfaith 30-12-2016 03:44 PM
nolya replied at 30-12-2016 03:39 PM
Sdr juga tak perlulah berkomentar berlebih2an dgn kata2 yg jelik. Setinggi manakah bosannya sdr pa ...

Yer acik nolya. Silalah berusrah selalu. Sy baca. Time sy nak komen sy komen jer yg sy rasa nak komen. Tak terlanjur kata pun. Memang itu sy nak komen...

Sekian terima kasih...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.157593 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top