Biasa di Malaysia tak perlu diperkenalkan lagi pisang goreng atau pun keropok celup tepung. Namun, bagaimana pula dengan hirisan labu celup tepung atau tempura?
Jarang didengari kan? Ia memang menjadi kegemaran masyarakat Jepun, selain tempura udang dan sayuran lain seperti kacang panjang, terung dan sebagainya. Nah, hari ini kita cuba pula tempura labu. Bagaimana rasanya ya? Pasti enak kan! Bahan-bahan: 1 biji telur 3/4 cawan air sejuk + ketulan ais 1 cawan tepung gandum garam serbuk lada sulah
sedikit tepung katakuriko - jika tiada boleh ganti dengan tepung gandum atau tepung jagung hirisan labu Cara-cara: 1. Taburkan garam, serbuk lada sulah dan tepung katakuriko pada hirisan labu. 2. Pukul telur. Masukkan air sejuk (pastikan betul-betul sejuk untuk menghasilkan tempura yang rangup dan tak meresap minyak!) 3. Masukkan kiub ais seketul dua skali. Kemudian letak garam sedikit. 4. Masukkan setengah cawan tepung gandum. Kacau menggunakan garfu atau chopstick. Tuang baki tepung dan jangan 'over mix'. 5. Panaskan minyak. Pastikan minyak panas. Celupkan hirisan labu ke dalam tepung dan goreng hingga kekuningan. 6. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja. - CARI Kredit resipi: Penjankayu Blogspot |
5
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
7
Sedih |
18
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 30-12-2016 04:30 PM
gi je la sushi king makan kat sana..
tak yah susah susah potong labu keras
pearl.silver replied at 31-12-2016 10:43 PM
Kat sushi king ada ke tempura labu ni..
Cekodok labu paling i suka..
ADVERTISEMENT