CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Pisau Daging, Lelaki Kerat Dan Campak Mayat Kekasih Ke Sungai

31-12-2016 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4825| Komen: 15

Seorang lelaki di utara China telah ditangkap kerana disyaki membunuh kekasihnya serta anak wanita berkenaan dengan cara yang sangat kejam.

Suspek yang dikenali sebagai Dong itu juga telah mencuri wang berjumlah 1.8 juta yuan (RM1.2 juta) dari akaun bank mangsa.

Menurut laporan Hebei Television, dia dipercayai membunuh wanita berusia 45 tahun itu dengan menetaknya menggunakan pisau pemotong daging pada 20 April lalu ketika satu pertengkaran.

Foto: Agensi
Dong kemudiannya bertindak mengerat mayat mangsa sebelum mencampakkannya ke sungai.

Disebabkan bimbang perbuatannya diketahui, Dong mencekik mati anak lelaki wanita terbabit berusia 20-an dengan bantuan seorang lagi rakannya yang dikenali dengan nama Liu.


Mayat lelaki terbabit ditanam di kawasan perkampungan sebelum Dong mengosongkan akaun bank kekasihnya dan menjual kereta wanita itu untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Polis menyiasat kes itu selepas menerima laporan mengenai sisa mayat manusia yang ditemui di atas pulau kecil di sungai berkenaan.

Wang tunai berjumlah lebih 1.5 juta yuan ditemui di rumah Dong selepas dia ditangkap.-CARI
28

Bagus
13

Marah
6

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronapink 31-12-2016 02:27 PM
tamak nyeee
Quote she 31-12-2016 02:33 PM
Awang hitam nampak lebih berhemah dalam menipu duit teman wanita
Quote batmana 31-12-2016 02:46 PM
mesti keje potong ayam ni.
Quote Rainrein 31-12-2016 03:13 PM
Kejamnye ko.  Ni nak panggil manusia ke hape nih.
Quote fefeeling 31-12-2016 03:53 PM
1.2juta tu setengah jam je setel kalau dpt kat hakak sorang tu di melesia ini hewheew
Quote WhiskeyScotch 31-12-2016 04:05 PM
PRC oh PRC. Utara China dekat Xi'an ke?
Quote mrizumi 31-12-2016 06:09 PM
Kejamnya..dh la bunuh..duit pun kebas..kna tangkap..duit pun xhbis pakai..rugi diri je..
Quote edee_91 31-12-2016 06:18 PM
Rainrein replied at 31-12-2016 03:13 PM
Kejamnye ko.  Ni nak panggil manusia ke hape nih.

betullah panggil manusia. habis tu nak panggil apa lagi? manusia kan adalah sebaik-baik kejadian.
Quote ultra78 31-12-2016 06:22 PM
Layak dihukum tembak
Quote pearl.silver 31-12-2016 10:28 PM
Kaya nye pompuan tuh
Ada saving juta2
Level nelofa tu..
Quote Manjahati 31-12-2016 10:46 PM
Padan muka kena tangkap... Sia-sia membunuh pastu masuk penjara juga...duit x dpt belanja
Quote merrissa 1-1-2017 01:53 AM
ntah2 dah berapa byk pompuan dia bunoh

ni yg dapat di kesan...yg x dpt dikesan??
Quote kemaruk 1-1-2017 01:55 AM
sangat negeri
Quote mirandanicky1 2-1-2017 12:48 AM
Ingatkan dlm negara td
Quote FARRAZOOL 2-1-2017 01:19 AM
Gf jns brduit...ujung2 kena bunuh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.070697 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top