CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sanggup Derita Barah, Lelaki Gantung Diri

3-1-2017 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4102| Komen: 33

Akibat tidak sanggup menanggung derita penyakit barah paru-paru, seorang lelaki bertindak membunuh diri dengan menggantung diri di ruang tamu rumahnya di Pandan Indah pada jam 12.05 tengah malam semalam dan ditemui mati oleh isterinya.



Sumber foto: Harian Metro

Menurut salah seorang anak mangsa, Cheong See Hong, 36, sejak disahkan menghidap barah paru-paru empat bulan lalu, Cheong Ho Guan beberapa kali menyatakan hasrat mahu menamatkan riwayatnya kerana tak tahan menanggung kesakitan akibat rawatan dilalui.

“Kami menasihatinya supaya bersabar. Selepas itu, dia mula menerima kenyataan dan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku ganjil.

“Bagaimanapun, empat hari lalu, bapa cuba memakan ubat dengan dos berlebihan namun ia disedari ibu. Kami sempat menahannya daripada melakukan perkara terbabit,” katanya kepada Harian Metro.


Sebelum ditemui tergantung, Cheong Ho Guan keluar bersama isterinya, namun tiba-tiba menghilangkan diri. 

“Sebaik masuk ke rumah, ibu terkejut apabila mendapati bapa menggantung diri di ruang tamu. Ibu terus menghubungi kami memaklumkan kejadian,” jelas Cheong See Hong.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan kejadian berkenaan.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa. Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - CARI
33

Bagus
10

Marah
24

Terkejut
12

Sedih
23

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kumbang7 3-1-2017 10:32 AM
bunuh diri la tempat lain..dah xpasal berhantu pulak rumah tu
Quote insulin 3-1-2017 10:36 AM
Kesihatan lebih bernilai dari harta.

Dan apahal pula ada lelaki cuma berseluar pendek dalam gambar tu? Nampak aneh plak.
Quote qronaldo7 3-1-2017 10:39 AM
pressure kot. huhuh

kte pn xtau la klu ade kt tmpt die
Quote supernaturalee 3-1-2017 10:40 AM
nape xgi swiss je
kan legal mercy killng kt sana


Quote mongoose_kidz 3-1-2017 10:44 AM
insulin replied at 3-1-2017 10:36 AM
Kesihatan lebih bernilai dari harta.

Dan apahal pula ada lelaki cuma berseluar pendek dalam ga ...

haha..lelaki tu tgk dr luar umah dia kot...sbb tu sempoi je pkai seluar pendek
sekali ade org tgkap gmbr dr situ
Quote trisnalovezul 3-1-2017 10:45 AM
kasian pasti ga tertanggung lagi..turut berdukacita untuk korban...harap kluarganya tabah..setia seorang istri yang sanggup jaga somi yang hidap barah..
Quote insulin 3-1-2017 10:53 AM
mongoose_kidz replied at 3-1-2017 10:44 AM
haha..lelaki tu tgk dr luar umah dia kot...sbb tu sempoi je pkai seluar pendek
sekali ade org tgk ...

Kan. Orang lain berpakaian lengkap. Dia pula hanya berseluar pendek sambil tercegat tepi jalan.
Quote Nenasketum 3-1-2017 11:14 AM
Makan lah pil tido. Rilek2 mati dalam tido. Ni tervantung macam tu trauma la keluargo ko. Nak mati pun nyusahkan olang la
Quote fynnkakiblock 3-1-2017 11:21 AM
moga keluarga tabah
Quote gigahertz 3-1-2017 11:26 AM
kumbang7 replied at 3-1-2017 02:32 AM
bunuh diri la tempat lain..dah xpasal berhantu pulak rumah tu

aku ni dah la hari hari lalu pandan indah.
Quote imransulaiman 3-1-2017 11:49 AM
Yang seluar pendek tu rani kulop ke?
Quote prettyuglybabe 3-1-2017 11:55 AM
amboi pocit berseluar hawaii berpeluk tubuh berperut rotiboy..
Quote insulin 3-1-2017 12:13 PM
prettyuglybabe replied at 3-1-2017 11:55 AM
amboi pocit berseluar hawaii berpeluk tubuh berperut rotiboy..

Perempuan Malaya kata lelaki berperut macam tu adalah lelaki yang seksi dan penyayang.
Quote prettyuglybabe 3-1-2017 12:21 PM
insulin replied at 3-1-2017 12:13 PM
Perempuan Malaya kata lelaki berperut macam tu adalah lelaki yang seksi dan penyayang. :loveliness ...

adakah perut u macam tu?
kalau sama, u must be sexy then
Quote haryatie 3-1-2017 12:53 PM
kesiannnya..
macam mna la dulu perasaan arwah adik aku bila doc ckp dia ada kanser paru2 stage 4

Quote white_musk 3-1-2017 01:22 PM
insulin replied at 3-1-2017 12:13 PM
Perempuan Malaya kata lelaki berperut macam tu adalah lelaki yang seksi dan penyayang. :loveliness ...

Mesti stok2 perempuan yg tak dapat lelaki yg berbadan elok  
Quote manjalara_01 3-1-2017 01:28 PM
Edited by manjalara_01 at 3-1-2017 01:29 PM
insulin replied at 3-1-2017 10:36 AM
Kesihatan lebih bernilai dari harta.

Dan apahal pula ada lelaki cuma berseluar pendek dalam ga ...

sgt stuju..tp skali dah sakit, baru kite akan hargai kesihatan kite
pengalaman sakit tu akan mengubah diri u, hidup u & persepsi u tentang kehidupan u selaama ni.. yg pasti u will never be the same..

Quote insulin 3-1-2017 01:33 PM
prettyuglybabe replied at 3-1-2017 12:21 PM
adakah perut u macam tu?
kalau sama, u must be sexy then

Perut saya x seksi pun....


Quote manjalara_01 3-1-2017 01:33 PM
qronaldo7 replied at 3-1-2017 10:39 AM
pressure kot. huhuh

kte pn xtau la klu ade kt tmpt die

sape la x pressure kan? skali kena buat chemo brape ribu? rm5000 ade kot, tp most the time bukan psl duit kot
tp sakit yg nak kena tanggung tu..

masa mula2 bc tajuk topik ingatkan ni kes forever alone or ade masalah kewangan..so x dpt nak tanggung kos rawatan..
maybe cause die dh tua kot, semua dah alami, dah kawin anak semua dah besar2...so mungkin sbb tu kot..

just my 2 cents..




Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.067884 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top