|
Memetik portal Reuters, akhbar JoongAng Ilbo pada Isnin melaporkan Samsung Electronics Co Ltd akan mengumumkan hasil siasatan mengenai punca sebahagian telefon pintarnya, Galaxy Note 7 yang terbakar pada bulan ini.
Oktober lalu, syarikat dari Korea Selatan itu memaklumkan selepas melakukan pemeriksaan ke atas semua aspek di dalam model telefon itu, ia menunjukkan kemungkinan terdapat gabungan faktor menyumbang kepada kegagalan telefon pintar itu dari aspek keselamatan. Pengeluar telefon pintar ternama itu memberitahu keuntungan operasi mereka terjejas sebanyak ASD 5.1 bilion (RM22.91 bilion) sepanjang beberapa bulan ekoran keputusan mereka menghentikan jualan Galaxy Note 7 sepenuhnya pada Oktober lalu.
Pelabur dan penganalisis berkata, adalah sangat penting untuk Samsung mengenalpasti punca utama kebakaran itu berlaku bagi membina semula keyakinan pelanggan dan mengelak kesilapan sama berulang. Jurucakap Samsung Electronics bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. - CARI
|
|
4
![]() Bagus |
10
![]() Marah |
1
![]() Terkejut |
1
![]() Sedih |
1
![]() Lawak |
13
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.067886 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.