CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bahan Pencuci Hebat, Patutlah Coke Tak Baik Untuk Kesihatan

4-1-2017 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9143| Komen: 20|Original author: Oleh: Maly Rosli

Siapa yang tak kenal dengan minuman kola berkarbonat jenama Coca Cola. Malah ramai yang menggemari air berkarbonat itu. Walaupun ada kesan bahaya jika diambil berlebihan, minuman coke itu sangat berguna dalam kehidupan seharian kita.


Bagi yang masih tak tahu, coke adalah salah satu bahan pencuci yang sangat hebat. Percaya tak? Kita tengok apa yang mampu dilakukan minuman berkarbonat itu:


1. Membersih Mangkuk Tandas

Sumber foto: Carian Internet

- Siram coke secukupnya ke bahagian yang kotor atau tuang saja satu tin coke ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama sejam atau lebih untuk lebih   berkesan.

- Sental kotoran dengan berus sebelum dipam. 
- Kotoran akan hilang kesan daripada tindak balas asid sitrik yang terkandung dalam coke.


2. Hapuskan Kesan Kotor Pada Baju


- Asid fosforik di dalam coke membantu menghilangkan kotoran pada fabrik.
- Tuang satu tin coke ke dalam mesin basuh bersama dengan kain cucian berserta sabun yang mencukupi.
- Tetapkan proses cucian seperti biasa dan lihatlah hasilnya.
- Untuk kotoran lebih degil, siram coke pada kotoran dan biarkan selama 30 minit sebelum dibasuh seperti biasa.


3. Mencuci Periuk Belanga
- Untuk periuk atau kuali sos, tuang satu tin Coke ke dalamnya dan panaskan di atas dapur dengan kepanasan sederhana.
- Biarkan selama 30 minit hingga satu jam, alihkan. 
- Sental kotoran dengan menggunakan span. 
- Kaedah ini sesuai digunakan untuk menghilagkan sisa makanan yang terperangkap semasa memasak.


4. Bersihkan Duit Syiling & Barang Kemas
- Rendam duit syiling atau barangan kemas di dalam coke dan biarkan semalaman.
- Bilas dengan air suam dan lap.
- Namun anda harus berhati-hati jika membersihkan barang kemas menggunakan coke kerana kandungan asid di dalam coke akan menghakis    karat pada besi jika dibiar dalam suatu jangka masa.


5. Menghakis Karat

Sumber foto: CNET

- Sama kaedahnya ketika membersihkan duit syiling.
- Sembur coke pada permukaan yang lebih besar dan sental dengan kerajang aluminium.
- Bilas dengan air bersih.


6. Buang Karatan Terminal Bateri
- Tuang coke ke atas terminal bateri dan biarkan selama lebih kurang 30 saat hingga satu minit. 
- Gosok dengan berus gigi untuk kesan lebih cepat. Ulangi tuangan beberapa kali hingga dapat hasil diidamkan.


7. Cuci Cermin Kereta
- Bagi kereta yang lama tak dicuci sehingga melekat debu tebal pada cermin, jirus satu tin coke ke permukaan cermin kereta.
- Biarkan buih-buih karbonat mencuci kotoran cermin kereta anda. Selepas 30 saat atau seminit, bilaslah dengan air bersih bagi mengelak daripada  melekit.

Murah dan mudah bukan? Cuba dan lihatlah hasilnya! - CARI
8

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 4-1-2017 12:45 PM
Sambil minum, boleh cuci usus sekali. :p
Quote Artemesiaa 4-1-2017 12:52 PM
Sebab tu tak suka minum coke
Quote Nenasketum 4-1-2017 02:38 PM
Eh tapi kan. Ex bopren aku omputih, dia tak minum alkohol, air mineral pun idok. Ditogoknya coke pagi petang siang malam. Sihat walafiat plak sampai skarang. Kencing manis pun tak ada. Canner tu?
Quote AyaqMeloSuam 4-1-2017 02:47 PM
Nenasketum replied at 4-1-2017 02:38 PM
Eh tapi kan. Ex bopren aku omputih, dia tak minum alkohol, air mineral pun idok. Ditogoknya coke pag ...

cer scan badan dia.... mau repot dalaman dah kot... hiks..
Quote indenial 4-1-2017 03:21 PM
Coke mmg x elok. Abg i masa sekolah lps balik suka sgt minum coke kt mesin gedegang tu akibatnya, diabetes lah dia
Quote Rayna90 4-1-2017 05:22 PM
memang pun mat saleh ni hari hari siang malam coke. client meols  pun selalu keja dia nak cari coke je. apa yg sedap tak tau. meols nak habis kan setengah gelas pun seksa kot dgn gas tu
Quote jazaa100 4-1-2017 07:37 PM
Aku dulu mcm tu lah....

Pagi pagi togok coke dulu...ada sekali tu aku gi kedai runcit...bukak peti ais, aku togok coke...terkejut tokey kdai tu...heran dia tgok aku minum coke pagi buta....

Skrg dah takut dah....klu kat kepsi aku upgrade amik manggo juice ....
Quote Joannalee 4-1-2017 10:12 PM
Sume bende kalau disentap mmg la hilang kotoran
Quote matchstick 5-1-2017 10:50 AM
Balik nt nk beli coke la..nk cuci kuali. Xtanggal kesan minyak melekat kt kuali tu pakai pencuci pinggan biasa
Quote seramado 5-1-2017 11:41 AM
siapa dah try ok tak
Quote Bdkkg 5-1-2017 04:42 PM
Dulu ada Mat Salleh bg training kat opis aku. umur dah  60 lebih. Training dari jam 9 pagi sampai 4.30 ptg.. 5 botol coke dia melantak!! siap bwk bekal air coke.. yg peliknya cergas je orangnye. Mungkin coke dia bleh cuci usus sekali kott.. hmmm. terasa nk minum coke plak aku!!
Quote fcl29 6-1-2017 01:54 PM
alahhhh.... brg masak lain pon macam2 boleh guna... cuka lah, soda bikarbonat la.. mcm2 lagi...
nape nk diisukan air coke saje?
Quote kuntau 6-1-2017 09:54 PM
coke ni bahaya untuk orang yg mentekedarah coke siang malam.. org lain happy je minum sekali sekala.
Quote ENNAI 3-2-2017 12:18 AM
thanks info
Quote bubblegummy 3-2-2017 04:15 AM
info yng dah byk kali recycle, tapi coke ttp laku
Quote vanillaninja 3-2-2017 10:45 AM
Kalau tak minum langsung tak best pulak. Sekali sekala takpe
Quote sssf83 3-2-2017 11:25 AM
hehe teringat cerita my big fat greek wedding, bapaknya suka guna windex, glass cleaner tu utk multi-purpose mcm coke ni lah.. nyamuk gigot pun spray windex.

tapi teringin juga nak cuba cuci baju dgn coke. byk sgt baju i terkena tompok2 sabun yg kuat..
Quote booty 4-2-2017 07:10 PM
Haha..jadi takut pla minum coke
Quote notsospecial007 4-5-2017 11:41 AM
mcd la selalu goda i utk minum coke

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.116627 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top