Siapa di sini peminat filem yang bertemakan penjelajahan ruang angkasa atau makhluk asing? Jika ya jawapannya, filem terbaru berjudul The Arrival keluaran Paramount Pictures ini perlu dimasukkan dalam senarai wayang wajib ditonton oleh anda. Dibintangi oleh nama-nama besar seperti Amy Adams, Jeremy Renner, Forest Whitaker, Michael Stuhlbarg, Mark O'Brien dan Tzi Ma, filem arahan Denis Villeneuve ini pasti tidak akan mengecewakan para penonton.
Satu pasukan khas diketuai oleh Louise Banks (Amy Adams) dan Ian Donnely (Jeremy Renner) ditubuhkan untuk mengetahui tujuan kedatangan dua belas pesawat asing ke bumi sebelum akhirnya menemukan yang makhluk berkenaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa simbol dipanggil 'Heptapods'. Lakonan mantap Amy Adams yang membawakan watak sebagai seorang pakar bahasa meninggalkan kesan dalam jiwa dengan sifatnya yang tidak pernah berputus asa dan bekerja keras. Namun di sebalik seorang wanita yang tabah, Louise sering dihantui bayangan kehidupannya bersama anak perempuannya yang menghidap kanser namun masih kabur tentang siapa sebenarnya ayah kepada anak kecil itu. Garapan pengarahnya yang berjaya menimbulkan kesan emosional dalam watak Louise dan anak kecilnya membuatkan penonton dapat merasai penderitaan yang ditanggung mereka. Ia disampaikan melalui penceritaan secara abstrak dan simbol yang menggambarkan kesedihan dan kegembiraan. Tidak kurang hebat dengan pendukung watak Ian Donnely yang dilakonkan oleh Jeremy Renner kerana berjaya membawa impak besar dalam keseluruhan cerita dengan aksi dan reaksinya ketika berdepan dengan kedatangan makhluk asing. Berbanding filem sains fiksyen yang lain, kali ini ia menampilkan makhluk asing yang lebih 'halus' dan tidak berbahaya. Penggunaan teknik CGI yang tidak melampau menjadikan ia lebih nampak asli dan tidak dibuat-buat. Teka-teki yang ditimbulkan untuk mencari jawapan dan kaitan di antara Louise dan Ian menjadi klimaks dalam cerita ini apabila kod-kod rahsia dapat dipecahkan namun malangnya disalah tafsir oleh manusia. Apa rahsia sebenar antara bayangan Louise, anak perempuan dan Ian yang membuatkan makhluk asing ini datang ke bumi? Adakah bumi akan menjadi aman kembali atau berdepan dengan kehancuran? Filem ini mempunyai idea yang segar dan olahan penceritaan yang sangat baik untuk membuat penonton memahami tentang dimensi masa yang berlainan. Apa yang lebih penting adalah filem ini dapat membuat kita berfikir tentang pentingnya penggunaan bahasa dan komunikasi yang baik bagi memperoleh sesuatu kejayaan. Secara keseluruhannya, ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemarkan gabungan elemen misteri, sains, fiksyen dan angkasa lepas. The Arrival bakal ditayangkan di Malaysia bermula pada 12 Januari 2017. Ayuh,luangkan masa anda untuk menonton filem hebat ini. -CARI
|
9
Bagus |
20
Marah |
19
Terkejut |
26
Sedih |
22
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jiwarasa replied at 6-1-2017 05:04 PM
best ke tak cerita ni tt. ke boring?
Edited by mbhcsf at 20-11-2016 07:26 AM
okay , Kem u nak yg thinking film kan
May I suggest this film entitled .. Arrival ? -
My impression - film ni menarik perhatian I bukan sebab apa, sebab bila tengok trailers tu i nampak communication, spectrogragh analysis on those speech - like sound produced by the aliens , boleh nampak dalam monitor pc depa ( ni nice tau ) - tu, then i nampak dia buat lakaran atas analysis speech/ sound patterns tu and dia cuba communicate guna simbol rumi ( bahasa) dan terhadap 'heptapods' - merujuk kepada alien tu...... dan lepas analyse speech patterns semua tu dan barulah depa communicate ..then nak intepret macam mana dalam konteks apa? hahahah ini best- sebab team russia ke china ke ( i tak ingat ) guna medium lain untuk komunikasi dan konteks - yups KONTEKS komunikasi tu - macam mana nak tentukan hajat alien tu dengan betul kalau anda beri mahjong je kat aliens tu as the only tools used for communicating your intent ...( i.e want war or not war ?? hahahah ) ... ...nice... cara depa nak established communication tu dan juga visual effects menarikl, kat sini brilliant tau the thinking tu ...nice concept ...so pentingnya element ' art atau sastera ' pada science jugak ...kan?
so elements mentioned above have drawn me into watching this film.
so yes - i memang suka cara dia as in the lady actress - rachel adams tu - berlakon u akan lupa sebentar dia tu rachel dan dia into her character , nice scripts though
and jeremy renner okay wataknya - interesting as physicist yups - so antagonise ? compliment fields satu science vs social science - dedua mempunyai misi yg sama untuk mengenal pasti tujuan makhluk asing tu.
plot wise - simple and menariknya dia buat macam prologue...and you will get to know at the end apa jadi dan yg kecewakan sikit ialah citer ni well anti klimaks lah..i mean tengoklah sampai habis - pandai screewriter tu buat penonton waiting - for something to happen and hahahah tengoklah , dan rasalah apa yg i rasa atau tak rasa di akhir fil ni - annoying je , i mean u tertanya - apa sebenarnya signifikan kehadiran sebegitu banyak if ... kalau dilihat dialogue dalam babak erkahir tu akan tahulah kenapa...
ini satu satunya film yg buatkan i bangun, geleng kepal dan i just leave the post credit screenings..ceh...because of the plots but not the content and the concepts yg menarik ...
but brilliant concept depa cuba tonjolkan on communication , tool the humans choose for it and what are the implications kalau kita misinterpret the signs / signals and based on medium kita pilih untuk established communication..
analysis bunyian bahasa tu specto graphs tu nice...
nice ...
tapi last alst annoying hahaahaha
but it is good. cara dia approach the situation dengan bahasa , pendekatan dia ajaq kata dulu ...then what kind of kata noun, verbs common sense ...but itulah yg menariknya film thinking macam ni ...then dia terang fungsi kata, phrase dan clause apa maksud...simple script but nice... soalan dia tanya jememu pada babab akhir - on ' time factor' nice...so yeah...
but niceeeeeeeee house and ya allah lake ...that lake is nice
hanakikan replied at 7-1-2017 10:25 PM
dah tengok. memang best
citer ni bergenre kan sci-fiksyen, thriller. ye lah, sebab ada alien,ada ...
hanakikan replied at 6-1-2017 12:58 PM
amy adams for oscar winner!!
ADVERTISEMENT