Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengeluarkan amaran kepada Ritz Airline Berhad (Ritz Airlines) supaya berhenti memasarkan dan mengiklankan perkhidmatannya sebagai syarikat penerbangan komersial.
Memetik laporan Bernama, MAVCOM dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehingga kini Ritz Airlines tidak mempunyai sebarang Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) atau Permit Perkhidmatan Udara (ASP) yang sah sama ada dikeluarkan mengikut Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) atau Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3). MAVCOM dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah menerima maklumat bahawa Ritz Airlines telah menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Marwa Vacations untuk mengendalikan sebanyak 32 penerbangan umrah (Kuala Lumpur – Jeddah; Kuala Lumpur – Madinah). “Berdasarkan sebuah artikel berita, Ritz Airlines merancang untuk memulakan operasi penerbangan mulai Februari 2017 dengan menawarkan tiket pergi dan balik berjumlah RM2,950,” kata kenyataan itu.
Serentak itu, MAVCOM berkata, Ritz Airlines tidak boleh menuntut, menerima atau mengutip sebarang daripada operasi perkhidmatannya termasuk menggunakan pesawat bagi membawa penumpang, mel atau kargo. MAVCOM dan MOTAC turut menggesa pengguna supaya lebih berwaspada apabila membuat sebarang pelan penerbangan dan perjalanan bagi memastikan mereka tidak menghadapi sebarang kesulitan dalam mengerjakan ibadah umrah.- CARI |
7
Bagus |
6
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT