Niat Akim Ahmad untuk berkongsi kegembiraannya bersama keluarga bertukar menjadi sebaliknya apabila gambar tersebut menjadi bahan pertelingkahan di antara netizen. Pemilik nama sebenar Afiq Hakim Ahmad, 26 ini menyatakan yang dia terkilan dan mengambil pendekatan memadamkan gambar itu kerana enggan memanjangkan isu terbabit. "Saya tidak menyangka pula gambar untuk mengucapkan tahun baharu dan penghargaan kepada peminat menjadi tempat bergaduh. Tujuan utama ia dimuat naik kerana saya ingin menyambut 2017 dengan tangan terbuka dan aura positif," katanya kepada Berita Harian Online.
Vokalis The Majistret itu juga mengatakan yang peminat bergaduh sesama sendiri tentang baju yang dipakai Stacy kerana ketat dan menampakkan bentuk tubuh. Netizen juga mengatakan baju tersebut seksi dan tidak sesuai untuk dipakai oleh seorang ibu yang mengandung kerana menampakkan benjolan-benjolan yang tidak sepatutnya. "Sebenarnya baju itu selesa digayakan oleh ibu yang sarat mengandung sepertinya tapi lebih baik gambar itu dipadam kerana saya tidak mahu peminat terus bergaduh di ruangan komen. Saya yakin itulah tindakan terbaik." Kesian Akim dan isterinya, Stacy, biasalah lumrah dunia artis memang begitu. Harap anda berdua tabah mengharungi dugaan dan didoakan agar bayi di dalam kandungan baik-baik sahaja. -CARI
|
21
Bagus |
7
Marah |
17
Terkejut |
22
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 6-1-2017 03:20 AM
Busuknya Akim... Sekian
bottombikini replied at 6-1-2017 11:39 AM
pinjam ayat mark adam jap
"Islam kan?"
gam_gajah replied at 6-1-2017 12:05 PM
ramai jer org pakai camni skang....yg born muslim pun ramai...lagi best yg pakai tudung pun ada...
...
lostfaith replied at 6-1-2017 12:01 PM
Huk aloh kalu tak suka unfollow jer. Sibuk pemakaian orang...
gam_gajah replied at 6-1-2017 12:05 PM
ramai jer org pakai camni skang....yg born muslim pun ramai...lagi best yg pakai tudung pun ada...
...
ADVERTISEMENT