Tahniah, Ainan Tasneem kerana telah menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan pilihan, jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi.
Penyanyi itu selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, kira-kira jam 5.50 petang semalam (Jumaat) yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat. Menurut Berita Harian, Ainan Tasneem Ridzuan, 24, yang juga merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan BioProses di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu turut menerima mas kahwin sebanyak RM300. Majlis resepsi pasangan berkenaan akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam, hari ini, dan dijangka dihadiri kira-kira 1,500 tetamu. Sebelum itu, Ainan pernah menyuarakan keinginannya untuk bersara dari dunia nyanyian selepas bergelar isteri. "Saya nekad untuk berhenti menyanyi tetapi sedia menerima tawaran pengacaraan. "Seandainya diberi peluang, saya masih berminat untuk menghasilkan lagu tetapi tidak akan sesekali kembali menyanyi," katanya. Apakah reaksi peminat dengan keputusan Ainan untuk bersara dari bidang nyanyian? Apa-apapun semoga Ainan kekal bahagia bersama pasangannya. – CARI |
aderaderker replied at 6-1-2017 12:25 PM
2017 dek..
aleesyasofia replied at 6-1-2017 12:09 PM
Semalam 5 Jan 2017 telah berlangsungnya majlis berinai Ainan Tasneem penyanyi yang bakal meninggalka ...
ADVERTISEMENT