CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Ambik Kau', Wanita Tipu Jual Tisu Ini Punya Gaji Kalah Menteri

9-1-2017 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15243| Komen: 52|Original author: Oleh: Myra Rozi

Pemandangan yang biasa jika duduk di tempat-tempat makan, pasti akan kelihatan kelibat peminta sedekah yang salah seorangnya sama ada buta, pekak atau bisu.

Disebabkan kecacatan dan kekurangan inilah, jiwa kita yang punya rasa kasihan cepat sahaja menghulurkan duit dengan niat untuk bersedekah.

Namun apa yang menyakitkan hati adalah bila mengetahui sebenarnya peminta sedekah tersebut hanya menyamar dan berpura-pura cacat untuk mendapat simpati.


Itulah yang terjadi apabila seorang peminta sedekah wanita 'kantoi' menyamar buta dan perkara ini didedahkan di Facebook oleh seorang pengguna bernama Apan Meru.

Mengejutkan lagi kerana Apan menyatakan bahawa wanita tersebut memasukkan duit berjumlah RM14k sekali simpan hasil darinya mengemis.


Dia menyeru orang ramai supaya bekerjasama untuk tidak memberikan duit derma lagi kepada wanita yg berjaya dirakam menipu itu.


Dapat dilihat yang semasa mengemis dia bertudung dan tidak berkaca mata, namun bertukar sebaliknya ketika berada di dalam bank. 

Foto: FB Apan Meru
Netizen yang membacanya punya pendapat masing-masing, ada yang marah malah ada juga yang berbaik sangka.


Walau apa pun punca wanita itu sanggup menipu buta dan mengutip wang dengan cara yang senang, seharusnya dia perlu menyedari bahawa ianya salah bukan sahaja di sisi undang-undang malah agama juga.

Semoga si pelaku segera insaf dan kembali ke pangkal jalan. Ada sesiapa di sini pernah terkena juga ke? Kongsikan. -CARI
1

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
12

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 9-1-2017 04:45 PM
sebenarnye dia bkn minta derma kan dia jual tisu tu kalau korang x nak pn bukan dia paksa..

mmg dh lama dgr pasal ni tp terpulang kalau korang btl2 nk sedekah ke nk beli tisu ke terpulang laa..
Quote prettyuglybabe 9-1-2017 05:00 PM
sapa suruh murah hati sangat..
dah lama tau kot yang mintak sedekah tu semua sindiket..
Quote WhiskeyScotch 9-1-2017 05:05 PM
Tak kisahlah kau nak jual apa pun tapi janganlahhhh sampai menipu diri tu buta padahal celik!!!
Quote sabar_sabariah 9-1-2017 05:08 PM
kalau dah niat derma janganlah diungkit2 lagi kot
tapi kalau niat nak beli tisu
dah tau harga tisu tu 30sen
hulur jelah 30sen
kalau dia tak nak jual,ye udah
kalau nak jual, amik
dah memang begitu harganya kan

aku tak cakap sesape
aku kata pada diri sendiri
aku pun selalu hulur seringgit untk tisu sekeping
next time aku nak hulur 30sen je
Quote billionman78 9-1-2017 05:23 PM
tapi tindakan berpura2 buta dan menipu itu yang membuat orang sakit hati.

cuba kalau dia pakai elok2 jalan takyah meraba2 pegang tongkat pastu gerak dari meja ke meja jual tisu. agak2 berapa ramai yang beli?
Quote meklalala 9-1-2017 05:27 PM
lebih kaya dari mek dah ni..LOL
Quote AbukRokok 9-1-2017 05:32 PM
prettyuglybabe replied at 9-1-2017 05:00 PM
sapa suruh murah hati sangat..
dah lama tau kot yang mintak sedekah tu semua sindiket..

xpala...dia tipu dia jawabla dengan tuhan...
sementara itu biarlah dia menikmati kemewahan hidup dan kita yg murah hati ni terus hidup ala kadar sambil jeles tgk kemewahan org lain



Bodoh binti bebal
ahli persatuan Husnuzon parit Buntar

Quote AbukRokok 9-1-2017 05:35 PM
paling senang menipu sunni

cik beli cik tisu sunnah dijemur dibawah embun 3 jumaat kliwon
berganda ganda pahala cik


dia dah selesai menjawab dengan tuhan asalkan dia xsyirik selepas masuk nuraka dia akan masuk syorga juga untung dunia dan akhirat.

ngkorang kat dunia lg dah rugi... kne tipu
Quote Mary_jane 9-1-2017 05:40 PM
Tak baik menipu cik kak.
Quote Artemesiaa 9-1-2017 05:46 PM
Sebab tu kurang nak caya dengan geng jual tisu ni selepas dah beberapa kali kes mereka ni dibongkar
Quote siskepoh 9-1-2017 06:32 PM
wei ni sudah lebeyhh. sis pon nak jual tisu jugak
Quote munchkin 9-1-2017 06:42 PM
Siapa amik gambar / vid. ????? Cam mana vid dari arah dalam kaunter bank????  Ni dah invade privacy pelanggan. Kalau bank tak amik tindakan. Sila lapor pada polis dan bank negara!

Quote imransulaiman 9-1-2017 07:26 PM
Mata dia nampak macam buta..kalau tak pun separa buta.  Mungkin 14K tu jualan setahun..bukan sebulan.

Kalau betul orang yang sama - free hair & bertudung, hmmmmmmmmmmm...  
Quote insulin 9-1-2017 07:57 PM
Jarang beri sedekah kepada peminta2 sedekah yang penampilannya macam ni. Hati rasa kurang percaya.
Quote amyza 9-1-2017 07:59 PM
Iols penah duduk semeja kat kedai mkn dgn 1cina ni,member citer dia ni bonzer.mulut dia kemain lagi kuar kata2 kesat je. Ada lah sorang mcm akak atas ni dtg jual tisu. Cina tu bagi isyarat tangan suruh pergi dari meja kitorg lah. Pastu cina tu cakap kitorg "lu mau derma,pegi masuk duit dekat masjid,ramai penipu sikalang"
Quote dubuk 9-1-2017 08:17 PM
elok juga bisnes tisu kat kedai makan.. kadang kadang tisu atas meja pun tak ada nak sapu mulut..  
Quote swayne 9-1-2017 08:28 PM
munchkin replied at 9-1-2017 06:42 PM
Siapa amik gambar / vid. ????? Cam mana vid dari arah dalam kaunter bank????  Ni dah invade privacy  ...

I pun tertanya soalan sama. Ikut angle memang dari teller bank. Sejak bila pula diorang dibenarkan bawa hp ke kaunter? Kalau perempuan tu salah menipu dalam sedekah, ni pun salah sebab melanggar privacy pelanggan.
Quote umbut 9-1-2017 08:52 PM
Style cina, diorang akan derma direct kebajikan.. Derma tepi jln ni tak layan.. Penipu.. Sebab tu bila interview penggemis pati, diorang cari melayu.. Sebab melayu murah hati.. Senang kena klentong.. Alasan takpalah... Makin berleluasa lah.. Mcm ni semua org pun nak menyamar penggemis.. Kerja senang duit ribu riban
Quote batmana 9-1-2017 09:10 PM
swayne replied at 9-1-2017 08:28 PM
I pun tertanya soalan sama. Ikut angle memang dari teller bank. Sejak bila pula diorang dibenarkan ...

Privasi vs penipuan
Undang dunia vs akhirat

Klu jupe penipu..masih Pikir lagi psl undang2 dunia ka?

Serupala cm kes lembut ijat.kes cincin rosmah.kes 1mdb.kes src sprm bersara awal tu.klu xkerana staff dlm pkir psl akhirat msti penipu2 tido lena

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.048126 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top