Tahniah, Faiz Subri kerana melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama merangkul trofi berprestij di Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Dalam masa sama, rakan-rakan sekampung Faiz di Kampung Pida 6, Tok Kepak, Jerlun, turut berasa bangga atas kejayaan dikecapinya itu. Menurut Helmi Baharom, 25, kejayaan itu secara tak langsung turut menjadi kejayaan buat rakan-rakan sepermainan yang pernah bermain bola sepak bersama suatu ketika dahulu. "Kami main bola masa kecil-kecil dulu dan dia seorang yang bersungguh-sungguh jika bermain bola dibandingkan dengan kami, kejayaanya ini adalah hasil usaha beliau sendiri," katanya kepada BH Online.
Manakala, Mohd Adha Salleh, 35, percaya Faiz mampu mengulangi sejarah pada masa hadapan bagi anugerah lain di peringkat antarabangsa. "Saya cukup bangga menjadi kawan kepada Mohd Faiz dan akan pergi menjemput beliau di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang lepas ini untuk peluk dia sepuasnya," katanya. Terdahulu, teknik 'knuckleball' yang disifatkan melanggar hukum fizik itu dicalonkan pada anugerah berkenaan dilakukan Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, 16 Februari tahun lepas. Sumber video: Youtube Berita Harian Online Menurut BH Online, anugerah berkenaan yang diperkenalkan sejak tahun 2009 bertujuan mengiktiraf gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia termasuk Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. - CARI |
nour2001 replied at 10-1-2017 03:13 AM
La mana baju melayu dia.....tahniah lah dik...bwejaya harumkan nama malaysia..
Syd replied at 10-1-2017 02:59 AM
Speech tak jumpa ye dikk
juliez replied at 10-1-2017 03:20 AM
Dia patut letak speech tu jadi background screen siap2. Tgk dia dok scroll hp i pun berpeluh. Nasi ...
Syd replied at 10-1-2017 03:22 AM
Dah kena troll tu haa kat fb.
Kata dorg, inilah Malaysia.
ADVERTISEMENT