CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suruh Pekerja Lebihkan Keluarga, Betul Mulia Atau Bos Main Wayang Je?

10-1-2017 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7608| Komen: 30|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kita biasa mendengar orang cakap, "Biar kerja teruk, asalkan dapat bos yang baik" dan sebenarnya kata-kata tersebut sangatlah relevan lebih-lebih lagi jika berdepan dengan hal-hal kecemasan.


Bukan senang mahu mendapat bos yang baik hati dan memahami keadaan pekerjanya, kebanyakannya hanya tahu mengarah sesuka hati mereka sahaja.

Seorang lelaki yang menggunakan nama sebagai Amir Zain di Facebook, telah membuka mata ramai netizen dengan kisah yang tentang rakan sekerjanya yang yang masih datang ke pejabat walaupun anaknya ditahan dalam wad hospital.

Gara-gara tindakannya itu, si bos terus bersuara lantang dengan mengatakan "Go home now! You can lose your job but do not lose your family". (Balik sekarang! Awak boleh hilang pekerjaan, tapi jangan hilang keluarga awak.)


Tambah pula ketika Amir sendiri membawa anaknya yang berusia satu tahun ke pejabat, bosnya tadi telah menyampaikan pesanan pada kanak-kanak kecil itu sendiri.

Foto Hiasan
"Ingatkan ayah jangan kerja kuat sangat, suruh ayah balik awal dan nasihat anak saya supaya pesan dekat ayah jangan stress sangat bila berkerja."

Ramai yang bersetuju dan berasa yang bos tersebut perlu dijadikan contoh kepada majikan yang lain, namun ada pula yang mengatakan dia hanya 'main wayang' atau berlakon baik sahaja.


Walau apa pun, memang untung sungguh siapa yang dapat bekerja di bawah seorang pemimpin yang sangat berkaliber dan berwawasan, dan pada masa yang sama sangat menjaga kebajikan para pekerjanya.

Semoga lebih ramai lagi pemimpin yang mempunyai ciri sebegini bakal wujud di masa hadapan. -CARI

22

Bagus
14

Marah
18

Terkejut
19

Sedih
19

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siputsedut 10-1-2017 03:08 PM
Aku pernah dpt bos yg gila x bg aku cuti jaga anak sakit... and pernah dpt boss yang baik faham je kalau aku cuti sbb anak sakit pon.... boss yg dah kawin dan ada anak mmg lebih memahami be it laki ke pompuan.. bos x kawin lg dan xde anak plg anxious kalau kita half day sekalipon bila sebab cuti adalah anak....
Quote kuzaime 10-1-2017 03:36 PM
Payah nk dpt majikan yg betul2 paham. Nak2 bg ppuan dlm masa yg sama seorang ibu yg bekerja. Ada masa2 trpaksa balik awal @ half day @ ambik EL. Kita x dpt nak jangka bila masanya anak kita akan sakit, demam. Sedangkan mntk balik awal sbb anak ada monthly checkup pun kdg ada bos yg tarik muka dah..
Quote chacon 10-1-2017 03:39 PM

teringat pulak cerita ni. layan woi


[youtube]AvngyMlmg3E[/youtube]
Quote Emperor95 10-1-2017 03:47 PM
Bos aku sekarang ini kira OKlah.
Quote chipsmoremore 10-1-2017 03:59 PM
aku pernah dapat 2 jenis boss tu....

1.sorang bos lelakii sangat memahami suh balik jaga anak aku yang sakit , kerja ramai org lain boleh buat katanya tapi kalo jd apa2 kat anak menyesal nanti , sayang aku kat boss tu sampai skang aku ingat jasa dia semoga dia dirahmati Allah selalu.

2.sorang lagi boss pemouan, pantang dia cuti n el sbb anak sakit, n siap sound aku kalo ada ank kecik mesti kerap ambik cuti. mmg aku ingat sampai bila2 kejamnya kan, padahal aku org yg susah nak cuti melainkan sgt2 emergency. huhuhu alhamdulillah boss tu dah tukar x lama aku masuk situ tapi sempat gak bergaduh ngan dia
Quote Artemesiaa 10-1-2017 04:08 PM
Biar dapat boss OK tapi banyak kerja dari dapat kerja senang tapi boss hauk susah nak lebih kurang.  Selalunya jenis ni jenis baru je naik pangkat tengah gila kuasa belum byk pengalaman human relation semuanya nak by book tak guna budi bicara bijak mesti tak kan lama bertahan pasti akhirnya akan ditukar kan ketempat lain juga
Quote chinta89 10-1-2017 04:21 PM
bos2 gini x paham situasi anak staff sakit, ade tiga je bg aku.

pertama, dia single x kawin.

kedua, dia kawin, tp bab sakit pening anak bukan dia jaga tp pasangan, sb tu dia pelik kenapa dia ade anak xde la dia asik cuti/el/half day tp org lain asik cutiii je. maybe pasangan tu cikgu(kije separuh hari).

ketiga, dia kawin, n semua urusan hal ehwal anak, pasangan yg uruskan. dia just bg duit kpd pasangan utk cari org gaji/pusat asuhan/bayar taska bil semua janji jangan kacau aku yg sibuk sbg bos ni).
Quote siskepoh 10-1-2017 06:14 PM
so far bos sis ok lg. nasib baik.
Quote immi 10-1-2017 06:52 PM
siputsedut replied at 10-1-2017 03:08 PM
Aku pernah dpt bos yg gila x bg aku cuti jaga anak sakit... and pernah dpt boss yang baik faham je k ...

Prnh dpt 2 kali bos pmpuan dh kawin n ada suami n ank tp suka je dtg keje hari sabtu n balik lewat....wth
Quote immi 10-1-2017 06:53 PM
chinta89 replied at 10-1-2017 04:21 PM
bos2 gini x paham situasi anak staff sakit, ade tiga je bg aku.

pertama, dia single x kawin.

Prnh jgk dpt bos pmpuan single tua xkawin n chinese....baik ya amat n very understandingg
Quote Diamje 10-1-2017 08:35 PM
Bos pompuan aku giler kedekut cuti.. smpaikan x bg la cuti awal nk beranak. Smpaikan aku pecah ketuban dekat pahanh, bersalin kt temerloh. Bos laki plak garang giler tp family man. Anak sakit mmg die suh cuti.. kalau mak ayah kita sakit or meninggal mmg die akan dtg ziarah...
Quote ReginaGeorge 10-1-2017 09:42 PM
Meols beryukur sangat dapat bos bos yang baik. Yang penting keje siap before dateline. Keje kena ada quality.
Quote FARRAZOOL 10-1-2017 10:33 PM
Boss pun manusia biasa jgk..ada jns boss yg understanding.boss x understanding maybe sbb blm ada ank lg..
Quote spankee_fili 10-1-2017 11:37 PM
korang yg susah dapat cuti ni sebab orang penting kompeni agaknya...
cam meols, kalau takde hal emergency kat opis or sebarang isu, apply jela cuti konpem approve..
bila emergency, awal pagi terus bagi reason kukuh, kalau takde pending items bos takde point nak kecoh..
kita entitle untuk cuti setiap tahun bape hari kan..
yg bos meols bising pasal salu masuk lambat..tataula nak improve camne
Quote chinta89 11-1-2017 08:16 AM
immi replied at 10-1-2017 06:53 PM
Prnh jgk dpt bos pmpuan single tua xkawin n chinese....baik ya amat n very understandingg

bagusnya lahai.. jarang jumpa yg mcm ni.
Quote Core 11-1-2017 08:29 AM
Kat ofis aku, kitorang ada rules yang melarang boss mengganggu staff masa cuti, tak kiralah cuti emergency ke atau holiday atau saje2 cuti. Boleh dikenakan dakwaan harassment.
Quote Core 11-1-2017 08:30 AM
Kalau mana2 section yang staff dia asik MC, head of section akan ditanya kenapa sebab diorang akan suspect ada work pressure.
Quote elnor_81 11-1-2017 08:41 AM
Bos aku dulu .aku nk cuti sbb bapak aku operate lutut.dia blh bg ceramah x jge kesihatan la ape la...pdhal bapak aku eksiden.aku last tya..nk bg ke xnk ni?dia bg tp phm2 je la.

X lme pastu.ank dia operate lutut.cedera main bola.pdhal ank tu dh berbini.blh lak cuti smpi smggu.
Quote watie_na 11-1-2017 09:32 AM
bos ni macam2 ragam. tekanan dari pihak atasan and ada yg nak nama antara perkara yg menyumbang pada perangai tut! dia.

aku pernah gugur, lepas 2 hari dia suruh aku datang kerja. bos perempuan tu yg nak nama tp tak tau buat kerja.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.195562 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top