Seakan menjadi trend bila beberapa orang pelakon wanita mula menceburkan diri sebagai penyanyi rakaman. Terbaru, Nora Danish muncul dengan single duet berjudul Ini Lagi Boom bersama penyanyi rap terkenal Waris.
Lagu yang mendapat sentuhan komposer DJ Fuzz itu mengetengahkan rentak hip hop raggae juga menampilkan Nora yang pertama kalinya hadir memperdengarkan vokalnya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Dato' Norman Abdul Halim lagu itu terhasil daripada idea segar untuk menggalakkan lagi perkembangan industri hiburan tanah air.
"Industri muzik sentiasa perlu tampil dengan idea-idea segar dan menggalakkan kerjasama diantara artis walaupun berbeza syarikat rakaman. "Ini biasa dilakukan di negara- negara Barat dan kolaborasi secara perkongsian diantara syarikat rakaman tempatan memang wajar dibudayakan di Malaysia untuk memberi variasi kepada peminat industri muzik tempatan," katanya kepada Berita Harian. Bagaimanapun, kemunculan single tersebut nampaknya mendapat reaksi pelbagai daripada pendengar yang rata-ratanya mengkritik lontaran vokal Nora yang dikatakan agak keanak-anakan dan juga nyanyian terlalu asas. Namun, tidak kurang juga yang memuji melodi lagu ini yang catchy dan menganggap vokal Nora sebagai comel. Bagaimana pula dengan anda? Jika masih belum mendengar lagu tersebut, boleh klik pada pautan di bawah. - CARI |
16
Bagus |
15
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
12
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT