Bintang realiti tv, Kim Kardashian nampaknya kini boleh menarik nafas lega sedikit selepas pihak polis Perancis menahan 17 individu yang disyaki terbabit dalam rompakan penuh kontroversi bintang tersebut, tahun lalu.
Rompakan tersebut melibatkan jumlah 9 juta Euro atau RM42.7 juta turut mengundang teka-teki sama ada ia merupakan kerja 'orang dalam' sehingga menyebabkan penjenayah begitu mudah lolos ke dalam kediaman Kim Oktober lalu. Terbaru, portal Independent melaporkan antara 17 yang ditahan itu termasuklah pemandu limo yang bertanggungjawab membawa Kim ke sekitar bandar Paris sehari sebelum rompakan itu berlaku. Antara lain, mereka yang ditangkap termasuklah sekurang-kurangnya 3 wanita termasuklah seorang warga emas berusia 72 tahun. Mereka ini dipercayai terlibat dengan jenayah terancang. Menurut peguam Kim, Jean Veil bintang itu kini berasa sangat puas hati dan gembira dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh polis di Perancis. Kim baru-baru ini akhirnya membuka cerita tentang bagaimana dia berasa kehidupannya bakal berakhir bila berkata perompak itu mahu menembaknya ketika insiden tersebut berlaku. Apa pun. Kim kini telah kembali aktif di media sosial sejak awal bulan ini. - CARI |
30
Bagus |
14
Marah |
12
Terkejut |
16
Sedih |
16
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT