Adakah anda peminat dan penyokong filem tempatan? Jika ya, adakah anda nampak perubahan dan kemajuan dalam pembikinan filem di Malaysia? Malay Mail Online melaporkan sebanyak 46 buah filem berjaya dihasilkan sepanjang tahun 2016.
Ini adalah fakta. Setakat 26 Disember lalu, data Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mencatatkan kutipan tiket meningkat daripada RM52.8 juta pada 2015 kepada jumlah RM78.6 juta. Amat memberangsangkan apabila 10 daripada filem itu berjaya mengutip jualan lebih RM1 juta, manakala tiga daripadanya mengutip lebih RM10 juta. Wah, banggalah sedikit sebagai anak Malaysia! Bukan mudah nak capai jumlah sebesar itu.
Mesti anda dah dapat teka apakah 10 filem itu, bukan? Kalau belum, jom tengok 10 senarai filem terlaris berkenaan! 1. Munafik (RM17.04 juta) Munafik turut menang besar di Festival Filem Malaysia (FFM), antaranya Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan dan Nabila Huda muncul pelakon wanita terbaik. Bukan itu sahaja, Syamsul juga meraih anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin, sekali gus memberi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan sekuelnya, Munafik 2. 2. Ola Bola (RM16.6 juta) Filem ini membolot empat kategori FFM iaitu Busana Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik dan Anugerah Khas Juri. 3. Boboiboy (RM15.74 juta) Animasi daripada siri televisyen Media Prima versi dwibahasa juga mendapat sambutan di Indonesia, Brunei dan Singapura. Akhirnya, berjaya juga hasil seni tanah air kita memasuki pasaran antarabangsa. 4. Upin & Ipin: Jeng, Jeng, Jeng (RM4.84 juta, masih ditayang) Merupakan filem animasi kedua terbitan Les' Copaque selepas Geng: Pengembaraan Bermula pada 2011. Jangan tak percaya, filem yang menampilkan watak animasi kanak-kanak kembar ini mempunyai pengaruh besar di Indonesia. 5. Rock Bro! Kembali ke Pangkal Jalan (RM4.67 juta) Filem ini daripada dibikin daripada trilogi kumpulan rock Rimba Bara, dibintangi Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Kamarool Yusof dan Sofi Jikan. 6. Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit (RM4.39 juta) 7. Huat The Fish (RM3.31 juta) 8. Aliff Dalam 7 Dimensi (RM1.63 juta) 9. Desolusi (RM1.3 juta, masih ditayang) 10. Juvana 3: Perhitungan Terakhir (RM1.24 juta) Anda setuju 10 filem teratas adalah filem terbaik sepanjang 2016? - CARI |
33
Bagus |
36
Marah |
30
Terkejut |
27
Sedih |
32
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT