Bukan sahaja wanita yang perlu berhias sebelum keluar rumah, zaman sekarang kebanyakan lelaki sudah pun mula menyedari kepentingan untuk berbuat demikian.
Namun apa yang selalu menghalang adalah kekangan masa yang membuatkan lelaki malas untuk memperuntukkan waktu bagi bersiap dengan sempurna. Jangan risau sebab 'life hacks' ini adalah sangat-sangat berguna bagi lelaki di luar sana bergaya kacak dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan waktu. Bercukur selepas mandi Biasanya rutin lelaki akan gosok, cukur dan baru mandi kan? Apa kata tukar sedikit dengan mandi dulu dan selepas itu baru bercukur sebab dengan cara ini akan membuatkan liang-liang pori terbuka. Hasilnya anda akan mendapatkan cukuran yang sempurna.
Sikat rambut ke tepi jika rambut anda menunjukkan ciri botak di tengah. Patikan anda lakukan cara ini untuk memastikan orang tidak menyedari yang anda sebenarnya kekurangan rambut di kepala. Tukarkan krim cukur anda dengan pelembut rambut Jika mahukan cukuran yang tidak akan menjadikan kulit anda kering, gunakan pelembut rambut adalah lebih baik dari krim cukuran kerana ia akan memelihara kelembapan kulit muka. Letak pelembap bibir pada luka akibat cukuran. Kalau terluka, letak sahaja pelembap bibir ke atasnya kerana ia bertindak menghentikan darah dan merawat luka. Gunakan minyak almond untuk rambut kusut. Letakkan sedikit minyak tersebut dan sapukan pada rambut tapi pastikan jangan berlebihan supaya tidak kelihatan berminyak dan berkilat. Guna minyak zaitun untuk korek telinga Letak satu titik minyak ke dalam telinga dan tunggu tahi telinga anda cair dengan sendirinya. Ia lebih mudah daripada menggunakan putik kapas yang boleh merosakkan gegendang telinga anda. Lepas ini tiada alasan untuk tampil selekeh lagi okay! -CARI
|
14
Bagus |
5
Marah |
20
Terkejut |
13
Sedih |
17
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Elle_mujigae replied at 14-1-2017 12:25 AM
ohh boleh guna olive oil juga ye.. selalu kita beli Cerumol biasa kat farmasi..
Hasil google, t ...
Orix replied at 16-1-2017 09:19 PM
lepas titik korek balik guna cotton bud atau taik tu mencair sendiri
cik-jaja replied at 11-1-2017 05:57 PM
minyak almond tu xmahal ke
ADVERTISEMENT