Seorang lelaki berusia 22 tahun bertindak meninggikan suara dan berlagak konon dia adalah 'ketua gengster' di Cheras ketika polis trafik memintanya tunjukkan lesen memandu dalam Operasi Roda dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, di Jalan Yaakob Latif pada jam 1.15 tengah hari kelmarin.
Menurut Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, suspek yang bekerja di sebuah hotel di ibu kota bertindak biadap beritahu dirinya tidak memiliki lesen memandu dengan cara memekik sambil mencabar pegawai polis menahannya. “Ketika anggota polis mahu mengambil tindakan saman, lelaki terbabit mencabar anggota polis memanggil ketua polis trafik ke lokasi kejadian kerana dirinya adalah kepala gengster di Cheras." Kemudian, lelaki terbabit ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.
Dilaporkan pemeriksaan ke atas suspek mendapati dia memiliki 11 tatu di badan dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.- CARI |
9
Bagus |
12
Marah |
5
Terkejut |
18
Sedih |
17
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT