Sebelum ini biasanya yang selalu kita jumpa dan makan adalah kerabu mangga, kerabu daging dan kerabu sotong. Jarang benar di kedai jual kerabu tembikai, dan sebenarnya hidangan ini bukan sahaja sedap malah menyihatkan. Antara kebaikan tembikai adalah baik untuk kesihatan jantung dan mata selain membantu dalam mengurangkan berat badan. Jom tengok cara untuk menyediakannya. Bahan-bahan: Tembikai, dan isi kulitnya. Lada hitam Bawang Merah Udang kering Gula
Cara-Cara 1. Cincang buah tembikai dan korek isi kulitnya 2. Tumbuk sedikit lada hitam dan masukkan ke dalam buah tembikai tadi 3. Cincang 2 ulas bawang merah dan gaul 4. Tumbuk sedikit udang kering dan gaul 5. Masukkan gula dan kacau semua Bagi anda yang menggemari rasa pedas, boleh tambahkan hirisan cili ke dalamnya. Tak sampai lima minit, dah siap. Mudah sahaja kan? Anak-anak pasti suka. Ada rasa masam dan manis, cukup sebati dan serasi dimakan bersama nasi panas-panas. Jom cuba dan selamat berjaya! Kredit Resipi: Ariff Budiman -CARI
|
31
Bagus |
23
Marah |
18
Terkejut |
20
Sedih |
16
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT