CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Kejut Harimau" - TMJ Gesa 'Tan Sri' Jelas Ke Mana Hala Tuju Pelaburan MARA

12-1-2017 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6345| Komen: 22|Original author: Oleh: Maly Rosli

"TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT."


Wah, marah betul Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) apabila baginda secara terbuka mengecam tindakan seorang 'Tan Sri' dan 'menteri' yang mengambil kesempatan menumpang populariti di atas kejayaan Faiz Subri baru-baru ini.



Menerusi entri itu, TMJ menyatakan akan menyelesaikan isunya dengan Tan Sri berkenaan dahulu yang dipercayai sering tidak berpuas hati dengannya.

"Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu," tulisnya.

Bagaimanpun, TMJ turut memberi amaran kepada seorang menteri yang 'pernah mabuk' suatu ketika dahulu untuk datang menghadapnya dan menerangkan kepada rakyat Malaysia mengenai skandal membabitkan seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat di Johor. 

Menerusi entri berkenaan, dipercayai 'Tan Sri' yang disebut-sebut TMJ ialah bekas presiden Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Terdahulu, Annuar mengeluarkan kenyataan mengatakan Mohd Faiz juga berada di bawah bimbingannya apabila dia bermain untuk pasukan Kelantan - The Red Warriors (TRW).

Lebih mengejutkan, TMJ mendakwa Annuar yang juga merupakan Pengerusi Mara, menyalahgunakan kuasanya menaja pasukan Kelantan menggunakan dana yang merupakan wang rakyat.

Bersama dengan entri berkenaan, TMJ turut memuat naik beberapa keping gambar bukti dana MARA disalahgunakan. 






"Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors di saat ekonomi negara sedang merudum.

"Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat," katanya. - CARI


Sumber foto: FB JOHOR Southern Tigers


31

Bagus
30

Marah
38

Terkejut
31

Sedih
22

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (185 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syadq 12-1-2017 02:19 PM
Masa logo UniKL muncul kat jersey TRW, staff UniKL kata TSAM baik hati tolong promotekan sebab dia pegang kelab. Rupanya berbayar..choyyy.
Quote matseh 12-1-2017 02:19 PM
Kesian2, pada masa ni, ada pemain yg kereta kena tarik, susu anak habis x buleh beli, bayaran rumah tertunggak.
Depa yg kaya2 ni dok berlawan statement dlm media sosial.

Mmg patutla bola malaysia ni ranking bawah tumit kaki.
Quote scorpionkiki 12-1-2017 02:19 PM
Edited by scorpionkiki at 12-1-2017 02:27 PM

Baguih tmj....tambah lg ..hoki pahang tolong tengok siapa penaja tu
Quote matseh 12-1-2017 02:20 PM
matseh replied at 12-1-2017 02:19 PM
Kesian2, pada masa ni, ada pemain yg kereta kena tarik, susu anak habis x buleh beli, bayaran rumah  ...

Ada ibu bapa yg pinjam sana pinjam sini sbb anak dpt masuk MRSM,
Quote scorpionkiki 12-1-2017 02:21 PM
Tmj jugak patut tengok siapa president unikl....johorean jugak kan
Quote sranua 12-1-2017 02:33 PM
Bagus jugak ada yg berani menegur.
Quote batman_2007 12-1-2017 03:25 PM
Semakin lantang tmj lately.. Azam baru ke
Quote aduhaiya 12-1-2017 04:09 PM
Dipercayai Tan Sri itu adalah Tan Sri Annuar Musa. Yang Menteri tu plak dipercayai siapa?
Quote Artemesiaa 12-1-2017 04:22 PM
Kalau ada kemuskilan elok le bertanya supaya semuanya makin jelas dan terang
Quote ReginaGeorge 12-1-2017 06:05 PM
Ramai jer budak2 kita pintar. Tp kos pendidikan tidak semua mak bapak mampu..
Quote WhiskeyScotch 12-1-2017 06:08 PM
2x5=10
5x2=10
Quote siskepoh 12-1-2017 06:10 PM
hek eleyhhhh. kecoh!
Quote liyanur 12-1-2017 06:16 PM
anak sedara aku dah 2 thn kot x dpt elaun mara...dah x tau nk folo up dgn sapa...mara kata mrsm..mrsm kata mara..thn ni dah masuk thn ketiga dah...still menunggu
Quote paanz 12-1-2017 06:27 PM
menteri tu sapa eh
Quote samasam90 12-1-2017 09:22 PM
terbaikla tmj. kekalkan perangai tu. tak puas hati, sound terus. barulah nampak function tuanku di situ. hampunkan kaka tuanku. muah siked
Quote ctsueraya 13-1-2017 11:04 AM
rimau tido kene kejut
bior dia exercise
kecualilah malam tu dia mmg tak tido demi memantau keselamatan ummah uols
mahupun keselamatan jiran tetangga sejagat
yang itu ahkak maafkan
Quote ctsueraya 13-1-2017 11:07 AM
liyanur replied at 12-1-2017 06:16 PM
anak sedara aku dah 2 thn kot x dpt elaun mara...dah x tau nk folo up dgn sapa...mara kata mrsm..mrs ...

perangai menyalahkan tu mmg sinonim kat memana
tak paham jugak KENAPA ek
dasar mentaliti kelas ke 15
Quote ctsueraya 13-1-2017 11:10 AM

ada lagi BOH,

        5+5= 10
(5x2)+ 0 = 10
0+ (5x2) = 10
      10x1 = 10
   1 x 10  = 10




Quote coco 13-1-2017 11:29 AM
sian anak anak kita yang di MRSM.  especially anak anak yg ibubapa tak berkemampuan.   makanan di dewan makan hari hari yg di hidangkan utk anak anak kita sangat la rendah kualiti,  bila di tanya rupanya bajet dah di potong.   haram jadah menteri yg salah guna duit MARA......

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039978 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top