Agak mengerikan bila membaca perkongsian seorang ibu ini di laman sosial. Dikenali dengan nama Nor Farra, dia menceritakan detik yang paling tidak dilupakan ketika bersalin secara caeser setahun yang lalu.
Katanya, ini bukanlah kali pertama dia bersalin secara pembedahan. Namun, 'penangan' yang diterima kali ini amat berbeza akibat mengamalkan pati haruan ketika dalam tempoh berpantang pada kelahiran yang sebelum ini. Bagi masyarakat kita, sudah menjadi turun temurun ibu berpantang mengamalkan pati haruan atau pun sup ikan haruan untuk mempercepatkan luka dalaman sembuh. Namun, masih ramai yang tidak tahu jika mengamalkannya secara berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan pada dalaman wanita itu sendiri.
Seperti yang dikongsikan oleh Farra, proses melahirkan bayinya berjalan dengan sangat sakit kerana mengalami 'adhesion colic'. Ia merupakan situasi bila organ dalaman seperti dinding rahim melekat dengan usus perut. Bayangkan! "Ya Allah lamanya proses nak keluarkan baby kali ni, dekat 3 jam lebih..biasa operate anak yg lain bawah 1 jam selesai bawak keluar baby. "Doktor tanya saya,puan ada makan pati haruan atau ikan haruan masa berpantang anak yang lepas..ye saya makan selama 2 minggu pertama. "Doktor bagitau puan mengalami (adhesion colic) iaitu di mana usus melekat-melekat akibat dari pembedahan yg lalu. Nak ambil boleh tapi selepas sebulan dengan kuantiti yg sederhana," cerita netizen ini. Nyata pengalaman ini menjadi satu ilmu buat mereka yang lain di luar sana. Apa pun benarlah kata orang, bersederhana dalam apa jua yang diambil sebagai makanan. Moga ibu diluar sana dijauhkan daripada situasi ngeri ini. - CARI |
24
Bagus |
19
Marah |
27
Terkejut |
14
Sedih |
16
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
taikpekatt replied at 12-1-2017 10:08 PM
Aku czer tk pernah mnum n makan ikan haruan ni. Terbengkalai je dlm freezer rmah. Sbb awal2 doc n nu ...
spankee_fili replied at 12-1-2017 09:29 PM
memang pernah dengar kalau czer tak elok makan haruan..
tak sangka sampai gitu efeknya..
VirginLady replied at 12-1-2017 10:36 PM
Keloid kan? Doc bg Dermatix Ultra sbb dia takut parut jd kedut2 cam i punya appendixnya parut..hud ...
ADVERTISEMENT