Memang normal jika mempunyai tanda lahir di badan, namun agak luar biasa dan istimewa sekiranya tanda lahir tersebut berbentuk 'love'. Sejak lahir, bayi comel milik pasangan Murat Engin, 30 dan isterinya Ceyda, 28 menjadi perhatian oleh orang ramai kerana tanda uniknya itu.
Kini dia sudah pun berumur 14 bulan dan menurut ibu bapanya setiap kali keluar rumah pasti ada sahaja orang yang mahu swafoto dengannya. Anak kecil yang diberi nama Cinar ini menyebabkan jururawat yang bertugas semasa proses kelahirannya berasa sangat terkejut, masakan tidak tanda di dahi itu memang sangat istimewa kerana lambang 'love' yang membawa erti cinta. "Dia seorang bayi yang sangat comel, ianya merupakan anugerah dari Tuhan yang jarang dimiliki oleh manusia lain."
Ibunya sendiri menangis melihat keajaiban yang ada pada dahi anaknya itu dan sekarang Cinar mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ayahnya yang berasal dari Ankara, Turki mengatakan ramai orang akan tersenyum melihat anaknya ketika berselisih di pertengahan jalan. "Ramai orang yang sayangkan Cinar, mereka juga memanggilnya dengan nama bayi cinta." Wah, memang comel dan sangat 'rare'. Mungkin bila kanak-kanak ini besar nanti dia akan jadi seorang yang sangat terkenal kan. Siapa tahu? -CARI
|
24
Bagus |
25
Marah |
12
Terkejut |
16
Sedih |
17
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
WhiskeyScotch replied at 13-1-2017 04:53 PM
Dewi cinta ke baby ni?
mrizumi replied at 15-1-2017 11:21 PM
Rare nya..selalunya tanda lahir mcm ni..makin besar..makin pudar ke?
kucen_miang replied at 16-1-2017 10:36 AM
bukan makin pudar tapi kulit muka menegang dan tanda lahir tu akan tertarik jua ke kulit kepala
ADVERTISEMENT