CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Restoran Ini Hidang Makanan Terbuang Dalam Kontena Sampah, Berani Cuba?

13-1-2017 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6024| Komen: 14|Original author: Oleh: Myra Rozi

Foto: www.salvagesupperclub.com

Mungkin kedengaran jelik dan geli, tapi sebuah restoran ini menawarkan satu kelainan kepada pelanggan dengan menghidangkan makanan dalam kontena sampah.

Restoran yang dinamakan Salvage Supperclub ini terletak di kota raya New York di mana pelanggan akan menjamu selera dalam kontena yang dipanggil Dumpster.

Foto: www.salvagesupperclub.com

Kebanyakan dari sumber bahan mentah untuk menyediakan sajian dalam restoran ini diambil dari bahan-bahan yang selalunya dibuang dari restoran lain seperti sayur yang sudah layu.

Bukan sengaja dibuat begitu, tetapi pengasas restoran ini mempunyai mesej yang tersendiri untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tabiat pembaziran makanan.

Foto: www.salvagesupperclub.com
Antara resipi yang popular di sini adalah Tart Krim Pisang. Bahan-bahannya diambil dari coklat cip yang hampir dibuang ke tong sampah dan pisang hampir busuk yang hanya dibeli di sebuah pasar borong.

Tapi jangan risau sebab restoran ini terletak di sebuah kawasan perumahan yang bersih dan sudah dibasmi dari sebarang penyakit dan kuman.

Foto: www.salvagesupperclub.com
Tambah menarik sebab restoran ini dihias dengan cantik dan diberikan pencahayaan yang menambahkan lagi suasana elegan di dalamnya. Meja disusun dengan kemas dan bukan sahaja dapat mendidik masyarakat supaya tidak membazir, malah menjadikan kita lebih bersyukur.

Ada sesiapa yang berani mencuba makanan di sini? -CARI
17

Bagus
5

Marah
19

Terkejut
23

Sedih
23

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote forumcari777 13-1-2017 04:29 PM
Makan dalam bowl jamban dah ada, yang versi ni dalam kontena pulak. Lepas ni apa lagi?
Quote Artemesiaa 13-1-2017 04:40 PM
Western food boleh le guna konsept sebegini kalau asian food macam tak sesuai sebab lebih banyak bahan dan rempah ratus yang harus digunakan
Quote supernaturalee 13-1-2017 04:43 PM
cute nye

hidangan tu dh standard hotel dh ha
siap presentation bagai



Quote cik_tonggek 13-1-2017 05:05 PM
CARI-MRO replied at 13-1-2017 04:04 PM
Foto: www.salvagesupperclub.com


Tak berani utk teringin cuba dikkkk
Jauh sangat kedainye
Quote cik-jaja 13-1-2017 05:29 PM
dalam mesej pengasas restoran tu
Quote AyaqMeloSuam 14-1-2017 09:35 AM
Untung pngusaha retorant.... save budget too
Quote makneng 14-1-2017 10:17 AM
Dah agak dah,  mestilah dumpster tu dah dinyah kuman pelbagai.  Nmpk mcm tmpt mkn orka dah
Quote mrizumi 15-1-2017 10:47 PM
Macam macam..
Quote WhiskeyScotch 15-1-2017 11:37 PM
Tak sangguplah.
Quote ex_klia 16-1-2017 12:07 PM
Sedih lagi filipina dengan hidangan pag pag dia
Quote jiwarasa 16-1-2017 02:47 PM
kira macam restoran kitar semula la ni. wekkks
Quote kambeng_masam 18-1-2017 08:47 AM
ini jawapan yg lebih sopan kepada restoran mangkuk jamban.
Quote mzzenma 18-1-2017 04:14 PM
teringat cerita 2 broke girls boipren si sam buat rumah dalam dumpster walaupun anak orang kaya
Quote pearl.silver 18-1-2017 06:02 PM
Klu restoren ni kutip leftover tu...gelandangan nk mkn pe plak..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.201827 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top