CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Maut Dijerut Selepas Terima Panggilan

14-1-2017 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4680| Komen: 19

Seorang warga emas yang mengendalikan sebuah kedai perubatan tradisional Cina di Taman Wangsa Permai ditemui maut dijerut di sebuah apartmen di Kepong pada Jumaat lalu. 


Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat lelaki yang berusia 65 tahun itu ditemui seorang penduduk di apartmen terbabit kira-kira pukul 5 petang dan insiden itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan sedang menyiasat motif sebenar kejadian.

Jelas Asisten Komisioner Ali Ahmad, anak lelaki mangsa memaklumkan bapanya menerima panggilan daripada seorang lelaki semasa dia berada di kedai. 

"Kemudian mangsa meninggalkan kedai dan menaiki motosikal kira-kira pukul 1.20 petang selepas menerima panggilan itu tapi tidak memaklumkan lokasi ditujuinya." 

Difahamkan, anak lelaki mangsa cuba menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 2.25 petang tetapi ia telah dimatikan.

Dia tidak lagi menghubungi bapanya sehingga mayat mangsa ditemui seorang penduduk di apartmen tersebut.

"Terdapat kesan jerutan di leher mangsa dipercayai menggunakan tali. Tiada kecederaan pada bahagian lain di badan mangsa."

Sehubungan itu, memetik laporan akhbar Oriental Daily News, adik kepada mangsa memaklumkan ketika mayat abangnya ditemui, telefon bimbit didapati telah hilang tapi wangnya pula tidak dirampas. 

Tambah abang mangsa lagi, yang paling pelik adalah tangan mangsa kelihatan memegang sekeping kertas yang tertulis alamat di tingkat tujuh dan didapati juga badannya terdapat kesan air mani.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan punca kejadian sedang giat dijalankan pihak polis.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.- CARI

sumber foto: Oriental Daily News


sumber foto: http://3.bp.blogspot.com/


25

Bagus
23

Marah
20

Terkejut
31

Sedih
32

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (154 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GigaMom 14-1-2017 02:28 PM
X tahu nak komen..
Yg pasti manusia semakin kejam dan terdesak
Mcm2 sgup buat demi survival
Quote abangbeca 14-1-2017 02:49 PM
Dia berpakain lengkap kecuali telefon bimbitnya...?  
Quote abangbeca 14-1-2017 02:50 PM
Telefon bimbitnya yg bugil ke apa....
Quote LostStar 14-1-2017 02:51 PM
Awat gan telefon dia? Citer tak habis.
Quote she 14-1-2017 03:14 PM
Telefon bimbit telah dirogol kah?

Barangkali pembunuh melarikan casing hello kitty mangsa
Quote jazaa100 14-1-2017 04:07 PM
Mcm mcm komen korang ni....

Mesti yg bunuh tu org yg dikenali...
Quote sebu 14-1-2017 04:40 PM
abangbeca replied at 14-1-2017 02:49 PM
Dia berpakain lengkap kecuali telefon bimbitnya...?

Biasela wartawan muda2 ni. Aku rasa telefon diambil sebab ada bukti panggilan.
Quote taikor 14-1-2017 04:41 PM
telefon bimbit dia tak berpakaian lengkap dan tidak dlm keadaan baik???  macam kena rogol telefon tu
Quote M.Rose 14-1-2017 08:09 PM
Boleh check call masuk dari telco kan. Bawak lari telepon bimbit pun tak guna.
Quote Nenasketum 14-1-2017 09:05 PM
Misteri ni. Kalau macam cerita law & order, kesilapan lampau datang menerpa kembali. Macam dedulu dia Nazi dan terlibat dengan auschwitz dan bunuh/dera ramai orang.
Tapi sedih arrr orang tua mati macam ni.
Quote FanTasyCreaTioN 14-1-2017 09:16 PM

mata pun tertarik dengan ayat

"Dia berpakaian lengkap kecuali telefon bimbitnya. Semua barang lain milik mangsa turut dalam keadaan baik."
silap letak noktah
"He was fully clothed and except for his mobile phone, all his possessions were intact," ACP Ali said.
berpakaian lengkap dan semua barangan ada kecuali handphone.
makna nya memang nak bunuh dan melesapkan bukti - panggilan terakhir dari siapa


Quote FanTasyCreaTioN 14-1-2017 09:17 PM
M.Rose replied at 14-1-2017 08:09 PM
Boleh check call masuk dari telco kan. Bawak lari telepon bimbit pun tak guna.
pembunuh tu tak terpikir gtu kot

Quote slavehunter 15-1-2017 12:16 AM
Badan terdapat air mani? Gay sex  ker....
Quote Lolalala 15-1-2017 12:32 AM
dapat call dari anak hekan ke?
Quote red_cattleya 15-1-2017 05:22 AM
larikan tipon sbb x nak org trace tapi g telco dpt jugak. siap ada air mani lagi, cepat lah dpt tangkap.
Quote juliez 15-1-2017 09:52 AM
Hp pulak yg diperkatakan. Point penting kat sini "semen stains were found on his underware". So adakah apek ni baru kepas sessi melanggan & kemudiannya terjadi konflik sehingga dijerut oleh bapak ayam?
Quote Manjahati 15-1-2017 10:15 AM
Mcm- mcm kes bunuh kat malaysia ni skrg
Quote chinta89 15-1-2017 01:52 PM
yg aku paham, tepon dia tu diambil sb nak elak polis check panggilan yg diterima si mati..

cuma wartawan ni yelahhhh main tulis hga org salah paham...
Quote meklalala 16-1-2017 09:08 AM
macam banyak bukti je ni..senang dapat tangkap nanti..alamat rumah pada nota, kesan air mani dan jugak log panggilan masuk..semua boleh check..RIP

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.158936 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top