Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan.
Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan. Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut ‘Qulfah’ kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki. Baru-baru ini, seorang remaja berasal dari Harare, Zimbabwe bengang diejek rakan tiada gadis mahu menjadi temannya kerana dia masih belum bersunat, lalu bertindak mengkhatan kemaluan dirinya dengan menggunakan parang.
Memetik laporan portal berita My Zimbabwe, remaja berusia 16 tahun itu dikejarkan ke Hospital St Luke’s Mission di daerah Lupane untuk dirawat. Kemudian doktor mengkhatakannya dan dirawat selama dua hari di hospital itu. Menurut Pengarah Perubatan Wilayah Matabeleland Utara, Dr Nyasha Masuka, pihaknya tidak faham kenapa remaja itu berbuat demikian sedangkan pekerja kesihatan akan ke rumahnya untuk melakukan proses itu apabila diminta. “Kami terkejut kerana dia mempunyai keberanian berbuat demikian dan remaja itu sendiri mengaku terkejut dengan keberaniannya.” Bagaimanapun, dilaporkan remaja terbabit hanya mengalami luka di bahagian kulit luar.- CARI |
31
Bagus |
20
Marah |
30
Terkejut |
28
Sedih |
20
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT