CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pisah 10 Tahun, Ibu Kandung Anak Angkat Angelia Jolie Rayu Jumpa Anaknya

20-1-2017 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9765| Komen: 27|Original author: Oleh: Myra Rozi

Foto: www.thesun.co.uk

Selebriti Angelina Jolie memang terkenal dengan kisahnya bersama anak-anak angkat dan salah seorangnya adalah Zahara yang kini sudah pun berusia 12 tahun.

Gempar baru-baru ini apabila ibu kandung Zahara muncul dan merayu untuk bertemu anak kandungnya itu untuk melepaskan rindu selepas lebih dari sepuluh tahun tidak bersua.

Foto: dailymail.co.uk
Mentewab Dawit Lebiso yang menetap di Ethiopia berkata kepada Daily Mail Online, “Saya hanya mahu dia tahu yang saya masih hidup dan boleh bercakap dengannya. Saya tidak mahu mengambil dia semula tetapi saya hanya ingin menghubungi semula dengannya dan berkomunikasi dengannya.” 


Lebiso juga mengatakan yang dia tidak pernah sesaat pun berhenti memikirkan anak perempuannya itu yang diambil sebagai anak angkat oleh Jolie pada tahun 2006.

Foto: dailymail.co.uk
“Angelina sudah menjadi seorang ibu yang lebih lama dari saya. Dia sudah bersama dengan Zahara sejak dia bayi lagi tetapi itu tidak bermaksud yang saya tidak merinduinya. Saya memikirkan tentang dia setiap hari dan sudah lama saya mengimpikan untuk mendengar suaranya dan melihat wajahnya. Saya ingat hari ulang tahun kelahirannya tetapi saya sedih kerana saya tidak boleh menyambut bersamanya. Saya teringin sangat untuk meraikan hari jadinya dan hari-hari istimewa yang lain. Saya rindu untuk berhubung semula dengannya.” 


Nama asal Zahara adalah Yemasrech namun identiti bapa sebenar kanak-kanak itu tidak dapat diketahui memandangkan Lebiso dikatakan mangsa penderaan seksual sehingga melahirkan Zahara.

Foto: IG Angelina Jolie
Tegas Mantewab, kemunculannya secara baik bukan disebabkan mahu menuntut wang atau apa-apa daripada Angelina tetapi kerana kerinduannya pada Zahara.

"Apa yang boleh saya lakukan dengan duitnya? Saya tidak mahu duit Angelina. Dia juga tidak perlu mengirim wang kepada saya. Saya cuma mahu berbual dengan Zahara." 

Foto: dailymail.co.uk
Pilu rasanya apabila mendengar kisah ibu dan anak yang terpisah sebegini. Apa-apa pun diharapkan agar kedua-dua belah pihak dapat mencari kata sepakat demi kebahagiaan Zahara. -CARI
10

Bagus
14

Marah
25

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 20-1-2017 04:13 PM
zahara copy paste muka maknya
Quote doublethread 20-1-2017 04:19 PM
Tanda kesentapan DailyFail bila Brangelina sealed semua access to their divorce and custody papers. No biz like showbiz
Quote nanazulkifli 20-1-2017 04:22 PM
zahara copy paste muka ibu kandung die
Quote Madel 20-1-2017 04:40 PM
Baik anak angkat or anak kandung..sorg pun tak comel..
Quote siputsedut 20-1-2017 04:49 PM
Cantik dah zahraa bila dah masuk umur anak dara.. mak kandung pon cantik...
Quote boobam 20-1-2017 06:46 PM
copy paste sibijik muka mak dia
Quote de_ikea 20-1-2017 07:39 PM
Mcm photocopy.

Hebatnya angie. Very beautiful heart.
Quote amyza 20-1-2017 10:23 PM
Alahai,sian ibu kandung. Untung zahara dapat duduk dgn angie. takde pun beza kulit,syg samarata semua anak.
Quote DeeHanania 21-1-2017 02:41 PM
Mak kandung Zahara, lawo... Ksian dia
Quote WhiskeyScotch 21-1-2017 06:37 PM
I like Angelina Jolie. Hopefully si ibu dapat berjumpa dgn anak kandungnya.
Quote mizzmimi 21-1-2017 10:27 PM
shiloh.. copypaste brad pit sangattt
Quote FARRAZOOL 21-1-2017 10:36 PM
X sampai hati plak bila tgk muka ibu kandung zahra tu
Quote mokcikKSKB 21-1-2017 11:21 PM
Cantik pulak zahara dah besar.smg mak dia dptlah jumpa zahara..skype pon jadi lah
Quote chinta89 23-1-2017 08:47 AM
ak suka angie, ambik anak angkat x kira dari keturunan mana,cantik x cantik bukan ukuran, dan dia jaga elok2.
Quote -electrifying- 23-1-2017 10:06 AM
mgkin boleh je bertemu dan berbual
Quote shanshero 24-1-2017 01:05 PM
2 anak angkat dari berbeza keturunan ka
nampak macam cikgu dan anak2 murid
Quote shara154 24-1-2017 09:25 PM
Semoga dpt berjumpa dgn zahara
Quote mirandanicky1 25-1-2017 12:10 AM
Sama mirip betul muka dia dan zahara
Quote evlinne 27-1-2017 06:47 AM
Madel replied at 20-1-2017 04:40 PM
Baik anak angkat or anak kandung..sorg pun tak comel..

Komen jujur angie has man jawline. Iols tak rasa angie tu lawa kdg2 biasa kalau gene parents dua2 bagus, anak biasa2. Cth lain kate beckinsale dgn ex husband, muka anak sendu sgt sedangkan kate tu dah 40s maintain jelita. Oxford grad pulak. Beauty with brain

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.052682 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top