CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Anggap Artis Mudah Lariskan Produk Mereka - Ziana Zain

25-1-2017 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7962| Komen: 21|Original author: Oleh: Maly Rosli

Sudah menjadi trend artis tanah air untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan sebagai punca pendapatan kedua.

"Kena ingat, menjadi selebriti bukan platform mudah nak jual barang. Memang ada orang kata letak sahaja produk label Ziana Zain pasti orang beli."


Demikianlah kata-kata Ziana Zain yang menolak tanggapan segelintir pihak bahawa selebriti jelita itu menjadikan popularitinya sebagai jalan mudah untuk mengusahakan perniagaan tudung yang baru diceburinya.



Penyanyi, Siti Roziana Zain, 49, bercerita serba sedikit mengenai liku-liku yang perlu ditempuhinya dalam dunia perniagaan sama seperti peniaga lain.

"Nama sahaja tak cukup jika tak lalui proses yang betul. Saya kena fikir strategi pemasaran supaya orang tahu produk apa yang dijual," jelasnya.


Menurut mStar Online, ada juga pembeli yang bersungut berhubung mutu tudung Ziana yang menggunakan label Ziana Zain's World.



"Kalau boleh tak mahulah ada pembeli yang merungut. Saya cuba pastikan semua produk yang dikeluarkan berada dalam keadaan baik.

"Tapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita tak terlepas daripada melakukan kesilapan termasuk rungutan pembeli kerana mutu jahitan yang kurang memuaskan. Bila ada yang bersungut, saya akan tukar dengan produk baharu," katanya kepada mStar Online.


Foto: IG Ziana Zain

Kepada pembeli tudung keluaran Ziana Zain's World yang 'cerewet', jangan risau ya kerana Ziana berjanji akan memastikan produk keluarannya itu memenuhi standard yang dijanjikan.

"Saya sendiri sangat cerewet pilih kain untuk dipakai, jadi bila nak bagi orang pakai tudung keluaran saya pun perlu dipastikan agar ianya betul-betul berkualiti," katanya.

Ada sesiapa di sini berminat dengan koleksi tudung keluaran Ziana Zain's World itu tak? - CARI
10

Bagus
15

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IxoraP 25-1-2017 10:21 AM
bniaga tudung jg ker?
Quote myakayina 25-1-2017 10:36 AM
persaingan sengit..ramai dah jual tudung ni..
Quote chinta89 25-1-2017 10:39 AM
Edited by chinta89 at 25-1-2017 03:42 PM

x fleksibel jual tudung.. sb tlalu ramai sgt dh. cuba jual brg lain.. tudung, perfume dah taboo sb retis da berbaris yg ceburkan diri.
Quote mirebus 25-1-2017 10:39 AM
loh tak tahu pulak dia dah jual tudung. semoga berjaya lah ya
Quote tasha 25-1-2017 11:08 AM
Mmg la bukan senang sbb ko dh sendu...acu yg tgh hot skrg jual apa pun karatz tadah....
Quote samasam90 25-1-2017 11:13 AM
kalau retis tak semestinya huntong. tengoklah restoran retis. restoran rakyat marhaen jugala yg masih gah utuh tak gulung tikar. lagipun perniagaan tudung sangat berlambak.
Quote mieymiey 25-1-2017 11:44 AM
Jual secara paksa la, suruh agent ambil borong semua collection. Chuols tetap untung, agent tak pasti lagi dapat jual ker idok
Quote annehudakepam 25-1-2017 11:50 AM
Nape mukantu makin tua makin tak ori n nampak pelik
Quote tasha 25-1-2017 12:30 PM
mieymiey replied at 25-1-2017 11:44 AM
Jual secara paksa la, suruh agent ambil borong semua collection. Chuols tetap untung, agent tak past ...

Mcm ada sorang tu buat yea...jualan kt dia meletop bkn main tp kt agen sendu jah
Quote gigahertz 25-1-2017 02:11 PM
mieymiey replied at 25-1-2017 03:44 AM
Jual secara paksa la, suruh agent ambil borong semua collection. Chuols tetap untung, agent tak past ...

ada yang sorang tu cerita 50juta sales dia . stokis dia boleh jual ke idak tak tahu.
Quote abahma27 25-1-2017 02:16 PM
Dh lama sheol jual.. Nih second batch doh kluaran tdung dia..  Tuh kdai sheol kt sacc mall..  Kt plaza masalam salon sheol pn dh lama beroperasi..
Quote user2012 25-1-2017 02:38 PM
walhal org tak beli sebab tak relevan dah kan
Quote mieymiey 25-1-2017 03:15 PM
gigahertz replied at 25-1-2017 02:11 PM
ada yang sorang tu cerita 50juta sales dia  . stokis dia boleh jual ke idak tak tahu.

Makanya Mekjena harus contohi retis ittewww
Quote mieymiey 25-1-2017 03:16 PM
tasha replied at 25-1-2017 12:30 PM
Mcm ada sorang tu buat yea...jualan kt dia meletop bkn main tp kt agen sendu jah

Mekjena harus berguru dengan 'sorang' tu
Quote gigahertz 25-1-2017 03:34 PM
tasha replied at 25-1-2017 04:30 AM
Mcm ada sorang tu buat yea...jualan kt dia meletop bkn main tp kt agen sendu jah

tauke tudung tu pengacara meletop jugak kan
Quote gigahertz 25-1-2017 03:38 PM
chinta89 replied at 25-1-2017 02:39 AM
x fleksibel jual tusung.. sb tlalu ramai sgt dh. cuba jual brg lain.. tudung, perfume dah taboo sb r ...

Dah tu yang murah. yang ada untung. kalau niaga alat tulis. berapa sen untung.
niaga tudung ni rugi. pasal jual untung sekali. untung kali ke 2 kena release produk baru. kena perah otak. kadang2 produk terbaru tu tak cantik macam previous design. pun akan jadik masalah.
Quote -electrifying- 25-1-2017 04:09 PM
nmpk kan bukti wanita pembeli terunggul di mlysia ni
Quote 4cupcakes 27-1-2017 03:07 PM
kalau tudung xjalan...try jual telekung la pulak
Quote ReginaGeorge 28-1-2017 02:00 PM
Baik ko berkebon je lar roziana

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046576 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top