CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bingit Tapi Terhibur Dengan Leteran Peniaga Online Ini, Apa Pun Kakak Memang Terbaik!

25-1-2017 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8478| Komen: 38|Original author: Oleh: Adib Za


Berletiaq kata orang Utara, seorang wanita yang dipercayai merupakan penjual barangan atas talian meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap para pelanggannya. 


Memang ada slogan mengatakan 'The customer is always right' dan ada benarnya kenyataan tersebut. Namun, sebagai pelanggan pun janganlah sampai 'demand' macam-macam daripada penjual tersebut. 

Sedangkan barangan yang dibeli itu tidaklah semahal mana, sekadar enam ke tujuh ringgit, paling-paling lebih pun mungkin RM15 namun dia punya permintaan mengalahkan barangan berharga ratusan ringgit. 

Loading FB Post...


Sudahlah diminta hantar barangan yang dibeli hingga ke muka pintu tanpa sebarang caj penghantaran, diskaun pula diminta sampaikan tinggal berasa sen sahaja keuntungan yang diperoleh oleh si penjual.

Memang kasihan! Namun, itulah asam garam yang dilalui ramai peniaga atas talian dan luahan wanita ini menerusi sebuah video memang menarik perhatian ramai.

Selain bercakap seperti 'bertih jagung', gaya ucapan orang Utara memang sangat memberi kesan di hati para netizen. Sehinggakan leteran tersebut dianggap seperti hiburan penghilang rasa stress. Hebat, kan!

Ini pula antara komen netizen yang turut meluahkan situasi yang sama berlaku kepada mereka. 




Kesimpulannya, para penjual atau peniaga atas talian seharusnya meletakkan garis panduan yang jelas tentang bagaimana barangan mereka dijual dan juga dihantar. 

Semestinya setiap penghantaran harus disertai dengan caj dan para pelanggan tidak boleh mempertikaikan tentang hal tersebut. Sama-sama memahami dan pasti urusan jual beli berlangsung lebih lancar. - CARI 
12

Bagus
15

Marah
19

Terkejut
8

Sedih
23

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 25-1-2017 06:50 PM
Mmg macam2 karenah la berniaga online. Ade peniaga kuang hajaq. Ada pembeli yg kuang hajaq. Kalau rasa bleh untung layankan. Kalau takat mengabihkan beras xyah dilayan.
Me pulak sebg peniaga n majikan dok la jumpa pemohon2 yg kekwat. Pening haih.
Quote gigahertz 25-1-2017 06:58 PM
missinpiece replied at 25-1-2017 10:50 AM
Mmg macam2 karenah la berniaga online. Ade peniaga kuang hajaq. Ada pembeli yg kuang hajaq. Kalau ra ...

tengahari tadi ada pembeli menaikkan darah aku. dok complain kalau COD patut harga lagi murah. pasal kat ads aku tulis
RM 90 siap pos . aku dah tulis harga "fix" dia cakap bende yang sama lagi. last last aku block.
kalau x nak beli jangan paksa diri nak beli.

minggu lepas ada mangkuk sorang tu dah janji next day COD pukul 1 tgh hari. i am ok. next day pukul 12.14 dia on deal. so berlari la aku
tetiba dia kata 12.45 dia cancel. duit takde. dia nak set next day lagi. aku malas nak layan.
Quote jazaa100 25-1-2017 07:06 PM
gigahertz replied at 25-1-2017 06:58 PM
tengahari tadi ada pembeli menaikkan darah aku. dok complain kalau COD patut harga lagi murah. pas ...

Kuang ajarnya customer mcm tu....
Harap satu hari nanti bila dia jual online, org buat mcm tu kat dia.... :


Quote jazaa100 25-1-2017 07:08 PM
Aku klu beli online pastu org tu hantar...aku akn lebihkn utk duit minyak...brp sangatlah dorang dpt lepas tolak minyak kan....


Quote mrizumi 25-1-2017 07:45 PM
pelik jgk dgn sesetangah org..xnk bayar kos pos..kalau pakai pos kan senang skit..kalau cod diaorg ingt free..kesian la jgk kat seller jauh2..melainkan kau dekat2 area dia duduk..
Quote missinpiece 25-1-2017 07:58 PM
gigahertz replied at 25-1-2017 06:58 PM
tengahari tadi ada pembeli menaikkan darah aku. dok complain kalau COD patut harga lagi murah. pas ...

Mmg banyakla karenah customer yg pelik2 ni. List pjg berjela. Bab cod mmg suka cancel last minit, yg senyap camtu pon ada. Cod pon me mtk deposit, x kuasa nk membazir masa melayan perangai gile customer. Pos or cod sama je kosnya. Konsep me senang je, buat baik, dibalas baik.
Quote WhiskeyScotch 25-1-2017 08:09 PM
Sedap dgr bila org utara bercakap. Loghat utara tu pekat so bunyi dia sedap.
Quote CiliPadiSedap 25-1-2017 08:32 PM
kos ada dua

fixed kos, variable kos..

untuk kira titik pulang modal..

fixed cost (RM)
------------------------
1 -  ( variable cost( percent) )

contoh dapat 100 000 unit baru break even point .. setiap bulan kenalah achieve target capai sales tersebut.

kalau tak jadi lah penderma kepada bisnes sendiri.. ini kesilapan akak sendiri topup bisnes sendiri..
Quote exclusive_vvip 25-1-2017 09:13 PM
akak ni mcm penah viral video dia ngomel apatah dulu..pasal badan kot...apapun, bab customer  minta kurang tu i faham kalu seller bengang...iols pun ada kawan yg suka minta kurang, biasanya bleh plak dia dapat kurang tu.. ntah ayat apa la dia baca...tapi iols x berapa gemar la stail dia tu...kesian weh kat org meniaga..
Quote matchstick 25-1-2017 09:39 PM
jual barang kt fb hadap lah cust perangai pprt..gi juai kt 11st nun senang
Quote gigahertz 25-1-2017 09:47 PM
mrizumi replied at 25-1-2017 11:45 AM
pelik jgk dgn sesetangah org..xnk bayar kos pos..kalau pakai pos kan senang skit..kalau cod diaorg i ...

kekadang pos bukan boleh jamin sangat. pos ke sarawak 1 hari setengah dah smpai pos ke daerah negeri yg sama 3 hari

barang tu gi shah alam dulu gi cheras dulu last baru smpai JB
Quote gigahertz 25-1-2017 09:52 PM
missinpiece replied at 25-1-2017 11:58 AM
Mmg banyakla karenah customer yg pelik2 ni. List pjg berjela. Bab cod mmg suka cancel last minit,  ...

at least kalau senyap kira ok la. tak terpikir sangat ni yg dah janji pukul 1 . 12.45 dia gi cancel. :

sis tahu tak pasal kelamkabut saya nak deal dengan dia tu IC kad bank lesen saya tercicir hilang jatuh mana
kad aeon big kad petron.kad popular semua habis
Quote bungarose 25-1-2017 09:57 PM
jazaa100 replied at 25-1-2017 07:08 PM
Aku klu beli online pastu org tu hantar...aku akn lebihkn utk duit minyak...brp sangatlah dorang dpt ...

Kan...lebihkn ler skit
kesian org yg hantar sampai depan rmh.. hatta mat pizza pon aku kesian walau dia dpt gaji. Lagi2 kalau time delivery tetiba hujan
Quote cknoriz 25-1-2017 10:04 PM
cod sp nun ke changloon kokdiang ya ampunn pitam bayaq tol n minyak
Quote ChildrenOfBodom 25-1-2017 10:48 PM
Kahkah2 lawak nk mampuih part dia kata ammmboih..can haraaammmm kak oi..buleh teraa tu
Quote krustykrab 25-1-2017 10:55 PM
gigahertz replied at 25-1-2017 06:58 PM
tengahari tadi ada pembeli menaikkan darah aku. dok complain kalau COD patut harga lagi murah. pas ...

Kesiannya chuoils....iolls kalau nk menyopping mesti pastikn duit ada utk byr bila org dtg htr brg, tak gamak nk main2 kn org camtu
Kalau x de duit iolls duk diam2 x beli apa2 pun
Quote alieyrina 25-1-2017 11:40 PM
Akusalu gak mtk kurg..kalau dia nk bg aku hapy ...x bagi pun aku ckp ok ja lah..

Aku x kisah byr mahai tp jgn la tipu..xleh except jenis penipu ni..beli eyeshadow bekas org colek2 dah..tnya seller mcm buat2 tekejut..myampah..lps tu seller yg jenis sibuk gila..tah apa yg xdan..xreti organize masa kut...aku xkisah pos lambat pun xpa..jnji brg sampai n tracking no ada...
Quote gigahertz 26-1-2017 01:33 AM
krustykrab replied at 25-1-2017 02:55 PM
Kesiannya chuoils....iolls kalau nk menyopping mesti pastikn duit ada utk byr bila org dtg htr brg ...

itu lah aku ingat bahagian cod aku nak cutoff.(sangat banyak masalah : )
so aku nak fokus pada pos sahaja. tapi pos pun mahal sekarang rm7.15. dulu rm6
Quote merrissa 26-1-2017 02:52 AM
xde la bingit macam cocooo.....shadow not reflect.....wkakakakaa

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.149307 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top