CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Sah Ke Hong Kong Jika Tak Lawat 4 Lokasi Wajib Ini!

26-1-2017 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7513| Komen: 32|Original author: Oleh: Maly Rosli

Pernahkah anda melancong ke Hong Kong? Jika anda jenis 'kaki shopping' anda pasti tahu Hong Kong tersenarai sebagai salah satu destinasi percutian anda. 

Siapa yang tak tahu jika Hong Kong merupakan destinasi utama untuk membeli-belah, bukan? Sekiranya anda tertarik untuk singgah ke Hong Kong tetapi mempunyai bajet terhad, jangan risau kerana ada empat lokasi menarik yang harus anda masukkan dalam senarai kunjungan semasa berada di Hong Kong.


1. The Peak
Metro.uk melaporkan, The Peak adalah lokasi tepat untuk menikmati gemerlapan cahaya kota Hong Kong di malam hari. Anda juga boleh menyaksikan sendiri gemerlapan pancaran cahaya lampu dari bangunan-bangunan pencakar langit.

Foto: Metro.uk


Cubalah nikmati suasana di sekitar The Peak dengan menggunakan The Peak Tram pada harga kira-kira RM50 (HKD88) sahaja.

Foto: http://images.nationalgeographic.com


2. Pulau Lantau
Bangunan pencakar langit bukanlah satu-satunya tarikan yang terdapat di Hong Kong. Di Hong Kong juga terdapat lebih dari 230 buah pulau dengan pemandangan pantainya yang cantik.

Foto: IG Off The Road Travel

Satu daripadanya adalah Pulau Lantau iaitu pulau terbesar di Hong Kong, berhampiran dengan pulau utama dan semenanjung Kowloon. Ia juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Anda boleh menggunakan feri untuk ke pulau itu dan menikmati pertunjukan seni mempertahankan diri orang Cina, Wushu dan melihat pemandangan perbukitan di sana dengan menaiki kereta kabel Ngong Ping.


3. Patung Buddha Gergasi

Foto: www.cntraveller.com

Tak lengkap perjalanan anda di Ngong Ping, Pulau Lantau di Hong Kong jika tak melihat objek tarikan pelancong, patung Buddha berukuran gergasi. Daki 268 anak tangga untuk melihat patung ini lebih dekat dan nikmati pemandangan gunung-ganang serta laut yang terbentang luas.


4. Kapal Feri
Anda juga boleh saksikan panorama indah kota Hong Kong dengan menggunakan kapal feri dari pelabuhan. 
Dengan HKD980 (RM560), anda akan dibawa menyusuri teluk untuk menikmati keindahan lampu kota di Hong Kong selamat 10 minit.


Apa lagi? Jangan lupa masukkan empat lokasi menarik ini dalam senarai destinasi percutian anda tau! - CARI
19

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jigglyjiggle 26-1-2017 04:46 PM
Ms sale thn lepas dapat beli longchamp diskaun sampai rm400
Quote cik-jaja 26-1-2017 06:03 PM
kalau nak shopim kat situ, murah ke?
Quote siskepoh 26-1-2017 06:44 PM
bila ntah nk sampai sini
Quote Telolet 27-1-2017 11:55 AM
Baru balik HK last week. Ngong Ping tu tutup sebab ada renovation apa tah. Rugiiiiii. Tambah rugi bila balik currency HK turun lagi haiyoooo
Quote ReginaGeorge 28-1-2017 07:41 PM
Lebih suka travel kat taiwan. Friendly and very helpful. Hong kong? Susah nak mintak tolong. Tgk muka pon tanak. Sombong sunggoh!
Quote adore_cat 1-2-2017 10:20 AM
ReginaGeorge replied at 28-1-2017 07:41 PM
Lebih suka travel kat taiwan. Friendly and very helpful. Hong kong? Susah nak mintak tolong. Tgk muk ...

sepanjang saya di HK hari tu , ok pula.. siap tolong angkat bagasi dan tunjukkan stesen MRT..

Quote nimiz 3-2-2017 05:31 AM
wow nice tx for sharing
Quote nimiz 3-2-2017 05:32 AM
wow nice tx for sharing
Quote nimiz 3-2-2017 05:32 AM
wow nice tx for sharing
Quote nimiz 3-2-2017 05:32 AM
wow nice tx for sharing
Quote nimiz 3-2-2017 05:32 AM
wow nice tx for sharing
Quote Qnqn 3-2-2017 01:22 PM
Nak sangat pergi sini!! List honeymoon tapi calon laki belum hado haha
Quote Ninja210 3-2-2017 11:45 PM
Trgn nak p sini..tgh kumpul duit
Quote Ninja210 3-2-2017 11:45 PM
Trgn nak p sini..tgh kumpul duit
Quote Aizuzu 4-2-2017 09:41 AM
Tq for the infi
Quote bellxx 8-2-2017 03:04 PM
lokasinya semua best best !!
Quote Jigglyjiggle 10-2-2017 09:36 PM
ReginaGeorge replied at 28-1-2017 07:41 PM
Lebih suka travel kat taiwan. Friendly and very helpful. Hong kong? Susah nak mintak tolong. Tgk muk ...

Sy kena jerit peniaga bongok ms nak beli egg tart. Enth kenapa org dh tanya elok2 agaknya dia rasis.
Quote mesmerize 11-2-2017 01:39 AM
orang2 kat hong kong friendly jah. masa jalan sorang2 kat sana asik kena tegur je. tapi bukan local aje la ada mak arab, lelaki omputeh, filipino yg tegur. locals siap nak tolong lagi sebab tengok ai duk baca2 machine beli mrt ticket. pastu locals pun tak jakun tengok orang bertudung atas bawah macam kat beijing.
Quote mesmerize 11-2-2017 01:43 AM
tapi HK bosan lah. the peak tu boring betul. takde la semenarik yg diwar-warkan. ngong ping yang ada patung buddha besar tu boring jugak. yg best naik cable car je ke situ. oh lagi satu yg best disneyland dia. tapi hk bagus la sistematik. kat epot immigration lancar sebab ada orang jaga queue. sama la kat ngong pin cable car punya queue pun lancar sebab ada orang jaga. kalau tak jaga habis la cina2 mainland main serbu je. macam kat disneyland cina2 mainland tak reti beratur mmg annoying habis

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065697 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top