CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjual Emas 'Online' Lesap Selepas Terima RM800

28-1-2017 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5130| Komen: 31

Akibat teruja, seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berjaya diperdaya dengan tawaran menarik untuk membeli barang kemas menerusi laman sosial Facebook dan kerugian sebanyak RM800.



Foto: Veryfund

Menurut laporan polis, mangsa berusia 33 tahun, dari Taman Anggerik, Jalan Lintas Sibuga, Sandakan, mendakwa rantai leher emas itu dibelinya menerusi akaun Facebook di bawah nama 'emas termurah di pasaran' pada 23 Januari lalu.

Selepas bayaran dibuat secara atas talian, suspek yang sudah berjanji untuk mengirimkan barang kemas terbabit bagaimanapun memberikan pelbagai alasan termasuk menghadapi masalah banjir.

Bukan itu sahaja, malah mangsa turut mendakwa dia disekat suspek dari akaun Facebook terbabit menyebabkan usahanya menghubungi suspek gagal.


Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, kejadian itu dilaporkan mangsa pada jam 5.40 petang, kelmarin.

"Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek," katanya kepada BH Online.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - CARI
5

Bagus
2

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
17

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 28-1-2017 11:52 AM
X berani nk beli emas on9 nak2 kalau dr seller yg kita x brapa nk kenal..takut iklan emas 916 skali smpai emas celup
Quote ronapink 28-1-2017 12:34 PM
emas pun ko hadap beli online..

Quote cmf_premierleag 28-1-2017 01:24 PM
Kat sandakan sana tu takde kedai emas habib ka.. Poh kong ka..wah can ka
Gigih beli online
Selayaknyalah kene kencing
Quote doublethread 28-1-2017 01:31 PM
Ampa pun lahai...beraninya beli emas online. Dengaq hantaq pakai pos tu pun dah seriau
Quote jazaa100 28-1-2017 01:46 PM
Bongoknya penjual....

Sebab dia sekor, nanti org lain yg meniaga online terkesan sama....nk mencokek duit haram....:
Quote FARRAZOOL 28-1-2017 02:07 PM
X fikir panjang sblm beli..
Quote ifanonline 28-1-2017 02:09 PM
penjual tu mungkin negro
Quote jazaa100 28-1-2017 02:52 PM
Viral kan je kat socmed....

Aku pernah berurusan online....bila dia pos, apa yg aku order & byr tak sama dgn apa yg dia hantar.

Aku tak mintak gantirugi...tapi aku nk design tu so tat aku blh tempah kt tempat lain....dia buat donno ...
Aku kata, tak pe ke klu aku bg tau kat fb mcmana hasilkerja dia?....blh pulak dia hantar....org mcm tu kena ajar je....klu diam nanti org lain pun jd mangsa.....
Quote TuntungReturn 28-1-2017 05:55 PM
ade sorang kak tu jual emas. bayar separuh pun xpa katanya. nnti ade duit bayar kemudian
Quote ReginaGeorge 28-1-2017 06:01 PM
Teruja sangat nak sopenk online. Ni la kejadiannya..nak murah kan?
Quote missinpiece 28-1-2017 07:03 PM
Tula beli emas ni walau kt kedai pon kena tgk jugak takut2 tkena yg celup..waima pajak gadai bank pon slalu tkena emas palsu
Quote olee_77 28-1-2017 08:24 PM
Ok je beli online dengan trusted seller.. cuma jgn terpedaya if murah giler..
Quote LostStar 28-1-2017 09:18 PM
Emas pon beli on9... Sungguh mudah percaya.. Adoihaiii
Quote ReginaGeorge 29-1-2017 05:01 AM
Ada sampan hendak berenang
Quote seeriesagain 29-1-2017 08:43 AM
Schoolmate iols ada jual emas online... nak compare dgn harga emas kat kedai mcm habib, poh kong etc tu mmg dia jual lg murah la... Dari jd arkitek dia berhenti kerja n skrg dah buka kedai emas sendiri tp still maintain jual online jgk. Hr tu g kedai dia, dia bg iols harga tanpa upah... ingt nk survey jer tp terbeli jgk... hahaha
Quote izanagiarcana 29-1-2017 11:02 AM
kat indon ramai jer pemakan wang rasuah dan tukang tipu-tipu bisnes online cam nie, mangsanya pon ramai daripada ordang indon sendiri, cina indon bahkan daripada luar negara, bagi pak cik sekalian berhati-hatilah bilamana nak berbisnes kat indon waspadalah daripada kena tipu
Quote ronapink 29-1-2017 11:21 AM
izanagiarcana replied at 29-1-2017 11:02 AM
kat indon ramai jer pemakan wang rasuah dan tukang tipu-tipu bisnes online cam nie, mangsanya pon ra ...

mana2 pun menipu..


hahaha indon lagi kuat menipu,

semua nak di claim,

last2 claim 'menipu' pun kepunyaan indon..
Quote aechae 29-1-2017 11:35 AM
Iol pnah msuk grup fb emas termurah dipasaran ni... biasanya klu ada org nk beli dia akn pos seller tu trusted ke x tgk org komen ramai ke x.. iol join sbb nk cuci mata je tgk design lawo blk kg g cri lah kt kedai emas sedara kt kg
Quote batmana 29-1-2017 03:54 PM
mna2 courier mana nk terima klu hantar emas.
dorg takde jaminan, klu hilang tnggungla sendiri.

lain kali bacala terma bungkusan. igt semua bnda leh anta online ke?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.043455 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top