Jiran sepakat membawa berkat. Beberapa orang di sebuah kawasan perumahan mempunyai semangat kejiranan yang tinggi apabila mereka bersatu padu menyelamatkan seekor kucing yang tersepit di pagar di rumah jiran.
Kejadian itu dikongsi seorang pengguna laman sosial Facebook dengan memuat naik sebuah gambar dan video memaparkan usaha mereka membuka pagar rumah jiran tersebut. Menurutnya, jirannya itu menggunakan pagar automatik dan berkemungkinan jirannya itu tidak perasan kucing berkenaan sedang berjalan masuk ketika pagar sedang ditutup menyebabkan kucing itu tersepit di antara dua pagar tersebut.
Loading FB Post... Nasib baik ada keluarga jiran berbangsa Cina yang baik hati cuba membuka pagar tersebut bagi melepaskan kucing itu. "Nak tunggu tuan rumah balik, sampai kucing bertanduk la," tulisnya. Bagaimanapun, nasib kucing itu kurang baik kerana sebaik dilepaskan, kucing itu dilihat tidak dapat berjalan dengan baik. Ramai netizen yang bimbangkan keadaan kucing berkenaan sehingga kini masih menunggu maklumat berhubung kesihatan kucing itu. "Harap ada yang update esok macam mana keadaan kucing itu. Kesiannya tengok," tulis seorang netizen. Kepada mereka di luar sana yang menggunakan pagar automatik, berhati-hatilah sewaktu menutup pagar anda. Jika boleh, tunggu sehingga pagar sudah tertutup kemas sebelum meninggalkan rumah bagi mengelak kejadian sama berlaku. - CARI
|
5
Bagus |
14
Marah |
16
Terkejut |
20
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cengkihgirl replied at 31-1-2017 12:32 PM
Dah tengok kat fb. Katanya kucing tu tak boleh berjalan dah
ADVERTISEMENT