Tindakan dua 'Mat motor' bergambar di tembok jambatan Pulau Pinang mengeruhkan lagi keadaan trafik yang bergerak perlahan di sepanjang Jambatan Pulau Pinang ketika orang ramai bergerak pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Tahun Baru Cina.
Menurut mStar Online, aksi dua penunggang motosikal yang bergambar sambil bergaya 'dab' (dab pose) di mana seorang daripadanya berdiri di atas tembok jambatan berkenaan menyebabkan orang ramai memperlahankan kenderaan untuk melihat aksi mereka. 'Dab pose' yang semakin popular di kalangan orang ramai untuk bergambar adalah satu gerakan di mana lengan dan siku diangkat dalam keadaan menyerong sambil menundukkan kepala.
Seorang pemandu yang juga saksi dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam menganggap orang ramai memandu perlahan kerana mahu melihat apa yang penunggang motosikal itu sedang lakukan. Sementara jurucakap Plus Malaysia berkata pemandu dilarang berhenti di sepanjang jambatan untuk mengambil gambar. "Jika pasukan peronda mengenal pasti kegiatan itu, kita biasanya akan memberitahu mereka supaya meneruskan perjalanan. "Bagi kes ini, pasukan peronda mungkin terlepas daripada melihat kumpulan itu kerana mereka mungkin mengambil gambar dan kemudian berlalu pergi," katanya. - CARI
|
4
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Loxlaxman replied at 31-1-2017 04:19 PM
Huh...jerung kat bawah tu semua tunggu na pelahap mamat ni je..
mrseller replied at 31-1-2017 04:36 PM
Mana ada jerung bang, sampah sarap, tin tin, kondom terpakai banyak laaa
she replied at 31-1-2017 04:46 PM
Anak teruna macik dok sibok saltbae plak sekarang
Abeh garam kt dapor ditabur atas kucing
nuryakmal replied at 31-1-2017 04:51 PM
masin kucing acik
nuryakmal replied at 31-1-2017 04:38 PM
dab is sooo yesterday
sekarang ni da saltbae le
mrizumi replied at 31-1-2017 04:42 PM
Mcmana gaya dab pose tu?aku tgok nk mcm gaya action kamen yg shin chan tiru je..
Changa replied at 31-1-2017 08:15 PM
akak tak layan benda benda bodoh sebegini ...ewwww ini hnya untuk bapok bapok bbnu jah
ADVERTISEMENT