CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bila Rakyat Malaysia Nak Berubah! Meja Makan Dibiar Bersepah Macam Tong Sampah

1-2-2017 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11790| Komen: 55|Original author: Oleh: Adib Za



Lagi kisah berkenaan mengemas dan juga tertib selepas makan. Mungkin terlalu ramai rakyat Malaysia yang masih belum terbuka hati untuk mengemas meja selepas makan di restoran makanan segera khususnya, membuatkan seorang netizen meluahkan rasa terkilannya. 

Memang, sudah pun menginjak ke tahun 2017 ini, masih lagi situasi meja bagaikan dilanggar garuda di restoran makanan segera seperti satu kebiasaan. Kebiasaan yang sangat-sangat sehingga mengundang rasa kurang selesa bagi mata yang melihat. 


Persoalannya, seronok sangatkah bila menyepahkan meja di restoran dengan lambakan baki makanan dan juga minuman? Bukan itu sahaja, kertas pembalut, straw dan juga bekas makanan pun disepahkan seperti sampah. 

Malah ada netizen yang mendedahkan terdapat sesetengah pengunjung membuat 'onar' dengan mempalitkan sos pada meja dan juga dinding. Apa yang mereka fikirkan? 


"Maka balik Malaysia saya amalkan tabiat lepas makan,kemas meja,kumpul sampah dan tempatkan di tong sampah dan talam diletakkan ditempatnya.

"Masa tu dekat KL Sentral. Ramai pandang. Macam satu benda pelik. Mau tak pelik sendiri angkat talam McD lepas makan. Tak dibuat orang. Aneh bah. Buat tak tahu je. Banyak kali orang macam buat muka terberenyut muncung. 

"Midvalley orang pandang. Dekat Times Square orang pandang. IKEA pun sama. Macam benda tu satu tingkah laku yang amat pelik. Pelik sesangat agaknya," netizen ini bercerita pengalamannya. 

Bagaikan terbalik dunia, bila perkara baik yang dilakukan dianggap pelik dan sebaliknya. 


Kesimpulannya, sama-sama kita perbaiki diri dan cuba semaikan budaya positif bila bertandang ke restoran mulai hari ini. Malu ya, pangkat besar, pelajar tinggi tapi sivik tiada! - CARI 
27

Bagus
16

Marah
18

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 1-2-2017 12:55 PM
Kadang2 mmg sengaja sepah kan. Sebis cas mahal sangat. Ape guna byr sebis cas mahal2, kalau pekerja duduk melepak jer.
Quote chinta89 1-2-2017 01:00 PM
bagus ape yg dia buat tu tp mcm up diri sdiri terlebih plk...
Quote Artemesiaa 1-2-2017 01:01 PM
Betul tu kalau kat fast food restaurant macam tu le situasinya.  Jarang nampak yang nak hantar tray makanan dan tolong buangkan bekas makanan sendiri seperti di luar negara.  Tu belum kat gerai tomyam atau kedai mamak sama je situasinya lepas makan meja memang akan nampak macam lepas diserang garuda dengan sisa makanan atas meja tumpahan air dan kuah.  Jadi kurang menyenangkan untuk pelanggan seterusnya nak gunakan meja tu walaupun ada pelayan kedai akan datang untuk bersihkannya nanti.
Quote syahza 1-2-2017 01:07 PM
rakyat malaysia mmg rasa diri tu 'tuan'.. dimana2 saja
Quote gadiz 1-2-2017 01:13 PM
Semuanya di Malaysia........
Quote red_cattleya 1-2-2017 01:14 PM
bf aku dlu begitu tapi berkat didikan aku, dia dh berubah
Quote fezy 1-2-2017 01:30 PM
drivethru replied at 1-2-2017 12:55 PM
Kadang2 mmg sengaja sepah kan. Sebis cas mahal sangat. Ape guna byr sebis cas mahal2, kalau pekerja  ...

Alahai. sedih lah kalau pikir macam ni.
kita kemas meja pasal mcm mamat fb tu ckp, senang tuk org kemudian. dan juga adab.
kalau kat rumah kita kemas, apa beza dengan kita makan luar?

gerai mak bedah pun, xyah le sampai tahap bawak pinggan ke dapur diorg, tp cukup kemaskan n satukan pinggan2 pun ok.
asal meja kita x nampak tongkang pecah.

walau kita sorg buat, tp kalau time kita makan ng kawan n educate kawan, lama2 makin ramai yg kemas sendiri.
aku dulu pun jahil, tp tak terlewat kita berubah.
geli kot biarkan meja kita makan bersepah.

Quote Mary_jane 1-2-2017 02:00 PM
Panjang nya essay dia. Lepas makan, kemas meja. Dah.
Quote prettyuglybabe 1-2-2017 02:20 PM
kami pun lepas makan kemas juga tapi takde la terpikir nak snap pastu up dlm fb ke mana-mana
Quote umbut 1-2-2017 02:55 PM
Alahai, fast food tu bukan susah nak kemas.. Staff dia kaut semua masuk tong sampah je..
Quote BebeQ 1-2-2017 02:56 PM
relax la bro..15 tahun dulu ye hampir 90% pemakan akan tinggal je gitu.

zaman sekarang rasanya berbaki 40% yang berperangai begini.

ramai dah yang ada kesedaran, bukan bro jah~

semua bermula dari keluarga juga. orang lama yakni mak pak atuk nenek kita, kalau makan luar mana ada depa nak bersihkan meja. kita orang muda ni yang ada kesedaran, memang akan buat. yang takde kesedaran tu, kita tahu la mak pak depa masih berperangai begitu di alaf ini.
Quote evlinne 1-2-2017 03:16 PM
chinta89 replied at 1-2-2017 01:00 PM
bagus ape yg dia buat tu tp mcm up diri sdiri terlebih plk...

Kasi can la.. siapa lagi nak up kalau bukan diri sendiri orang lain pun buat gak tapi takde gigih karang esei, viralkan.   dan tak payah tunggu pergi oversea baru nak buat benda ni. Macam la kt rumah lps ko makan ko tinggal kan.. mesti bawa ke sinki. Same goes kalau ke fast food restaurants  
Quote chinta89 1-2-2017 03:33 PM
evlinne replied at 1-2-2017 03:16 PM
Kasi can la.. siapa lagi nak up kalau bukan diri sendiri  orang lain pun buat gak tapi takde gig ...

dh la bahasa tu mcm biadap sikit, pahtu acah2 diri sdri tlalu bagussssss...

setakat nk karang2 biasa je, ok la. ni nk berkasar2 bahasa, apehal kan?
Quote eizarz 1-2-2017 04:49 PM
up diri sendiri ke????
Quote cik-jaja 1-2-2017 05:45 PM
tak gemar tol mkn ng penyepah..xsenonoh
Quote grouper 1-2-2017 05:50 PM
Dh bayo mahal2 kena la mkn cam  bos..skang p kenduri kawin kat kg pun ada org clearkan meja makan free lg tu...lenkali buh papan tanda la kalau nak org clear meja lps mkn
Quote mommymonster82 1-2-2017 05:55 PM
Kalau tak angkat pon kurg2 jangan biar sepah..
Ini sepah nauzubillah..siap sos2 tumpah atas meja... yg ada anak kecik tu kalu berterabur kat lantai faham gakla takkan nak kemas..kyrg2 yg atas meja tu kasi bersih n kemas skit senang orang nak angkat...
Quote af_1993 1-2-2017 06:21 PM
aku skang pi fast food mmg buang smpah and letak tray balik..cuma kalau gerai lah..pinggan atas meja
Quote bunga_popi 1-2-2017 06:33 PM
Penanda aras mentaliti.  Sesapa yg tgh mencari pasangan tu, ni lah  tips petua mudah nak tengok pasangan masing2 tu di tamadun mana...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.115505 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top