|
Waduh, gawat! Boleh tahan juga wanita di Indonesia, sekelip mata berubah menjadi ganas semata-mata untuk mendekati artis pujaan mereka. Portal Koreaboo melaporkan ahli kumpulan BTOB, Sungjae dan Peniel 'diserang' dalam kerumunan peminat yang agresif sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang di Sumatera, Indonesia.
Beberapa keping gambar memaparkan bagaimana ketibaan Sungjae dan Peniel di Indonesia itu tular di laman sosial kerana kejadian berkenaan. Kedua-dua penyanyi itu ke Indonesia bagi menjalani penggambaran rancangan realiti Laws of the Jungle. Sebaik tiba di lapangan terbang tersebut, Sungjae dan Peniel dikerumuni peminat yang menunggu mereka di situ. Pasukan keselamatan yang mengiringi mereka juga terkejut dengan keadaan itu. Gambar dan video yang sempat dirakam memaparkan bagaimana peminat bersikap agresif dengan berebut untuk menyentuh muka, menarik lengan dan meraba baju ahli BTOB berkenaan. Klik di sini jika mahu menonton video tersebut https://twitter.com/Koreaboo/status/826680927984054272. Dahsyat peminat dari Indonesia ni. Habis merah-merah dan luka-luka artis K-pop itu dikerjakan mereka. - CARI |
|
17
![]() Bagus |
34
![]() Marah |
16
![]() Terkejut |
23
![]() Sedih |
23
![]() Lawak |
34
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034339 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.