TIDUR dan curi tulang sewaktu bekerja bukanlah sesuatu perkara yang baru. Ia berlaku dimana-mana sahaja sama ada disedari atau pun tidak oleh pihak majikan. Beberapa hari lalu, sebuah video yang memaparkan beberapa orang kakitangan sebuah hospital tidur sewaktu bertugas tular di media tempatan Indonesia. Apa yang mengejutkan, bukan seorang dua yang ditangkap sewaktu tidur nyenyak pada "shift malam" itu tetapi semua kakitangan di kaunter pertanyaan hospital terbabit. Akibatnya, ramai pesakit tidak dapat berurusan untuk mendaftar masuk dan mendapatkan rawatan pada malam itu.
Selepas mendapat aduan, seorang pegawai kesihatan (kacak persis pelakon filem sinetron) ditemani beberapa kakitangan lain turun melakukan pemeriksaan mengejut bagi mengetahui apakah punca sebenar yang menyebabkan kaunter pertanyaan kosong tanpa kakitangan apabila menjelang tengah malam. Akhirnya semua kakitangan yang tidur sewaktu bertugas itu dimarahi oleh pegawai tersebut dan dibuang kerja serta-merta. Lihat video dibawah : Loading FB Video... Difahamkan, kemungkinan besar kakitangan yang terlibat itu bekerja di tempat lain pada siang hari dan mengambil peluang untuk tidur sewaktu bekerja shift malam di hospital terbabit. Sikap kakitangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah itu turut mendapat kritikan dari netizen. Adakah anda juga pernah tergolong dalam golongan curi tulang sewaktu bekerja? Jika ada, bertaubatlah sebelum terlambat. - CARI |
15
Bagus |
12
Marah |
3
Terkejut |
5
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
seorang pegawai kesihatan (kacak persis pelakon filem sinetron)
syasyafina replied at 1-2-2017 09:46 PM
ak x setuju sgt part shift malam siang kene tdo.. dah tu anak depa x skolah ke kene join tido jugak ...
ADVERTISEMENT