Siapa yang tak gemarkan makanan laut, lebih-lebih yang dihidang segar terus dari laut. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan sebagai sumber protein yang sangat baik.
Pun begitu, memetik laman Telegraph adanya kajian mendapati mereka yang sering mengambil makanan laut bermaksud turut 'makan' sehingga 11,000 cebisan plastik yang dikenali sebagai micro plastics setiap tahun. Ia berpunca daripada pencemaran yang terjadi dalam laut itu sendiri. Dikatakan terdapat jutaan tan botol plastik, beg dan bekas makanan yang dibuang ke dalam laut. Sekaligus menyebabkan hidupan laut seperti ikan dan juga kerang-kerangan 'menghadam' micro plastics tersebut. Rantaian makanan ini seterusnya tiba kepada manusia bila mengambil makanan laut sebagai menu sehari-hari mereka. Secara ringkasnya, ia akan menyebabkan micro plastics ini berkumpul dalam badan dari masa ke masa dan boleh menyebabkan risiko pelbagai penyakit. Hal ini dijelaskan oleh pengkaji dari University of Ghent di Belgium.
Meskipun masih tidak mengetahui sejauh manakah bahaya partikel plastik di dalam badan ini, namun menurut ketua pengkaji tersebut, Dr Colin Janssen situasi tersebut sememangnya merisaukan. "Adakah plastik ini menjadi toksin di dalam badan atau menyebabkan keradangan atau menyebabkan kesan sampingan lain? "Kita masih tidak tahu dan kajian seharusnya dilakukan," ujarnya. Lebih teruk, trend atau situasi pencemaran laut ini jika berlarutan boleh menyebabkan manusia konsumsi lebih 780,000 plastik dalam masa setahun, pada masa akan datang! Memang sangat menakutkan! - CARI |
2
Bagus |
18
Marah |
7
Terkejut |
1
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT