Kadar sewa rumah yang melambung tinggi dan naik hampir lima puluh peratus memaksa ramai penduduk Hong Kong untuk tinggal dalam 'rumah keranda'.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penempatan seperti itu sebagai ‘penghinaan terhadap maruah manusia.’ Salah seorang penduduk miskin mendiami bilik yang hanya berukuran 1.9 meter persegi tersebut adalah Mr Wong Ziwa. Menurut laporan Daily Mail, Mr Wong sebelumnya terpaksa membayar AS$226 (RM1,000) sebulan dalam sebuah rumah rumah kecil yang dipanggil rumah sangkar. "Sudah dua tahun saya memohon untuk perumahan awam, namun tiada khabar berita. Berapa lama lagi saya perlu menunggu?" kata Wong. Seorang pekerja kebajikan, Shan berkata, “Rumah keranda itu terlalu sempit dan tercemar. Untuk meluruskan kaki juga amat sukar. Ia pasti memberi kesan psikologi kepada penghuninya.” Lebih dari 200,000 orang yang tidak bernasib baik terpaksa merempat di rumah keranda untuk meneruskan hidup. Terkini, pihak kerajaan Hong Kong sedang dalam perancangan untuk membina 460,000 apartment bagi menangani krisis ini. -CARI
|
11
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
11
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 1-2-2017 06:10 PM
RM1K untuk saiz 1.9sm??? Memang sangat2 menggila harganya....
shamsadis replied at 1-2-2017 10:54 AM
Tanah Besar China kan luas awat x buat rumah sana
ninnakarinna replied at 1-2-2017 06:32 PM
Kat manila rakyat gelandangan buat kubur org kaya sebagai tempat tinggal..
Yg lg kaya, taknak gel ...
SalenaGomez replied at 1-2-2017 06:45 PM
Hong kong dah lama problem ni..penah baca dulu 1 rumah flat tu sampai 3 , 4 family duk...hartanah ...
batmana replied at 1-2-2017 09:13 PM
hong kong patut buat polisi
1 keluarga 0.5 anak.
ADVERTISEMENT