CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Tip Dari TNB Untuk Lebih Jimat Ketika Menggunakan Penghawa Dingin

2-2-2017 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10898| Komen: 23|Original author: Oleh : Dean BZ



Perubahan cuaca yang ketara di zaman ini membuatkan hampir setiap rumah mempunyai penyaman udara atau dalam bahasa Inggrisnya dipanggil Aircond. 

Kos memasang penghawa dingin tidaklah murah dan semua orang tahu bila menggunakan penghawa dingin, bil elektik pasti melambung tinggi berbanding menggunakan kipas siling. Namun kini orang ramai bagaikan tiada pilihan lain dan mengganggap ia sebagai suatu keperluan lebih-lebih lagi ketika cuaca panas melampau. 


Jesteru, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.


Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

3. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

4. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

5. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

Selamat mencuba, jangan lupa kongsikan tip berguna ini kepada keluarga dan rakan-rakan. - CARI


29

Bagus
17

Marah
13

Terkejut
21

Sedih
16

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 2-2-2017 10:49 AM
turunkan kadar tarik elektrik lagi senang daripada 5 tips TNB tu.
Quote chinta89 2-2-2017 01:26 PM
CiliPadiSedap replied at 2-2-2017 10:49 AM
turunkan kadar tarik elektrik lagi senang daripada 5 tips TNB tu.

yang ni iols suka!
Quote Artemesiaa 2-2-2017 02:37 PM
Siaran ulangan
Quote cik-jaja 2-2-2017 05:04 PM
iols pakai kipeh je..
Quote siskepoh 2-2-2017 05:12 PM
rumah takda ekonn.malangnya
Quote WhiskeyScotch 2-2-2017 05:24 PM
Tak boleh nak jimatlah part guna aircond ni. Malaysia ni panas kot. Aircond sangat wajib. I rela bayar lebih daripada nak berjimat.
Quote ninjago 2-2-2017 06:18 PM
CiliPadiSedap replied at 2-2-2017 09:49 AM
turunkan kadar tarik elektrik lagi senang daripada 5 tips TNB tu.

setujuk!!!
Quote bubblegummy 3-2-2017 04:12 AM
kalau musim ujan jimatla sket, x pakai aircond
Quote Maz-ida 3-2-2017 07:23 AM
Rumah kita pakai kipas je...
Quote ngee 3-2-2017 11:12 AM
CiliPadiSedap replied at 2-2-2017 10:49 AM
turunkan kadar tarik elektrik lagi senang daripada 5 tips TNB tu.

setuju
Quote fromheaven 3-2-2017 11:37 AM
Boleh jimat ke
Quote Qnqn 3-2-2017 01:16 PM
CiliPadiSedap replied at 2-2-2017 10:49 AM
turunkan kadar tarik elektrik lagi senang daripada 5 tips TNB tu.

HAHAHAHAHAHAHAHAHA I SECOND THAT!!!!
Quote ReginaGeorge 3-2-2017 01:36 PM
CiliPadiSedap replied at 2-2-2017 02:49 AM
turunkan kadar tarik elektrik lagi senang daripada 5 tips TNB tu.

sangat setuju
Quote TJ2 3-2-2017 02:23 PM
CiliPadiSedap replied at 2-2-2017 10:49 AM
turunkan kadar tarik elektrik lagi senang daripada 5 tips TNB tu.

setuju
Quote Aizuzu 3-2-2017 05:21 PM
Good info.... Tq
Quote EvieWanKenobi 3-2-2017 09:45 PM
takat 23-25
Quote EvieWanKenobi 3-2-2017 09:46 PM
takat 23-25 Celcius baik takyah pasang..
tak rasa apa..

Quote Aizuzu 4-2-2017 07:00 PM
Good info.... Tq
Quote booty 4-2-2017 08:26 PM
good info..mau cuba dlu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041253 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top