|
Malang tidak berbau, seorang wanita di Manjung terbunuh selepas terkena tayar yang melantun daripada kenderaan berat di Jalan Ayer Tawas-Beruas, di sini.
Semasa kejadian, wanita yang dikenali sebagai Mariaty Bakar, 59, itu sedang menyiram pokok bunga di hadapan rumahnya, pada pukul 6.30 petang. Memetik laporan Utusan Online, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala Ketua Jabatan Siasatan dan Pengatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata polis sedang menjalankan penyiasatan bagi mengesan kenderaan berat berkenaan yang masih belum dikenal pasti.
Berkemungkinan juga pemandu kenderaan itu tidak menyedari yang tayar kenderaannya tercabut dan melantun mengenai mangsa. "Wanita itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambahnya. -CARI
|
|
6
![]() Bagus |
9
![]() Marah |
11
![]() Terkejut |
16
![]() Sedih |
17
![]() Lawak |
7
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046742 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.