CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangkitan Rotavirus Di Kolam Air Panas Ulu Legong, 11 Kes Baru Dilaporkan

6-2-2017 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4920| Komen: 26


Selepas kes pertama dilaporkan tiga hari lepas, sebelas lagi kes cirit-birit disyaki jangkitan Rotavirus dikenalpasti yang membabitkan pengunjung Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di Baling.


Memetik laporan Astro Awani, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail memaklumkan jumlah kes baru yang dilaporkan itu menjadikan keseluruhannya 18 kes sehingga lewat petang Ahad.

"Sebelas kes baru itu membabitkan empat orang yang dimasukkan ke wad Hospital Kulim, dua orang di Hospital Sik dan masing-masing seorang di Hospital Yan dan Hospital Pakar Aman Jaya."

"Manakala tiga kes lagi membabitkan tiga orang hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Jitra." 

Tambah Dr Norhizan, mangsa enam lelaki dan lima perempuan kes baru itu berusia antara 1 dan 19 tahun dan kesemuanya mengunjungi pusat rekreasi berkenaan daripada 28 hingga 30 Januari yang lepas.


Pada Sabtu, pusat rekreasi berkenaan ditutup sementara susulan enam kes kanak-kanak dimasukkan ke Hospital Kulim kerana disyaki dijangkiti Rotavirus selepas mandi di sana.

Pusat rekreasi tersebut masih ditutup untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Pejabat Kesihatan Daerah Baling dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh.

Orang ramai yang mempunyai sejarah melawat pusat rekreasi itu dari tempoh 25 Januari hingga 3 Februari disaran agar mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan jika mempunyai simptom seperti demam berterusan, muntah dan cirit-birit.- CARI

sumber foto: http://www.clinicians.co.nz/




9

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
13

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaspar0v 6-2-2017 11:48 AM
mcm2 virus. keropok rota jugak yg sedap
Quote mokcikKSKB 6-2-2017 12:05 PM
Thats why i dont like swimming pool yg mcm tu..esp themeparks. Sng sgt nk dpt penyakit berjangkit.
Quote zamzuri12 6-2-2017 12:09 PM
dulu bukit merah..ni dekat kedah pulak..yang pelik..dalam dua-dua kes..apasal orang kedah saja yang kena virus ni?sedangkan ramai lagi orang dari negeri lain mandi manda sama..tak dak laporan pon..musykil jugak ni..atau virus ni pilih orang kedah ja ka..hihi
Quote Lolalala 6-2-2017 12:16 PM
anak i kena kudis api lepas mandi dekat hot spring tambun. memang haru biru betul
Quote caprut 6-2-2017 12:18 PM
zamzuri12 replied at 6-2-2017 12:09 PM
dulu bukit merah..ni dekat kedah pulak..yang pelik..dalam dua-dua kes..apasal orang kedah saja yang  ...

Spe je nk prgi baling tu klo bkn org kedah. Ceruk gak rasanye kolam air pnas ni. Mgkin ada org negeri lain tp rezeki dorg tk kena.Baling ni pling dkt ngn keroh, perak(ceruk wey keroh ni) Lgpon kolam air panas ni bkk malam je rasanye. Jd tkde la spe rajin nk menyinggah kalo dri negeri lain
Quote chinta89 6-2-2017 12:27 PM
ermmm utk ms skg jgn lah g manda mandi kat tempat mcm tu
Quote armin 6-2-2017 12:38 PM
Lolalala replied at 6-2-2017 12:16 PM
anak i kena kudis api lepas mandi dekat hot spring tambun. memang haru biru betul

Kudis api th mcm mana
Quote zamzuri12 6-2-2017 12:47 PM
caprut replied at 6-2-2017 12:18 PM
Spe je nk prgi baling tu klo bkn org kedah. Ceruk gak rasanye kolam air pnas ni. Mgkin ada org neg ...

Di Bukit Merah pun sama jugak kes nya...pun orang kedah jugak yang kena..
Quote zamzuri12 6-2-2017 12:47 PM
caprut replied at 6-2-2017 12:18 PM
Spe je nk prgi baling tu klo bkn org kedah. Ceruk gak rasanye kolam air pnas ni. Mgkin ada org neg ...

Di Bukit Merah pun sama jugak kes nya...pun orang kedah jugak yang kena..
Quote Scarlet17 6-2-2017 12:52 PM
Seremmnye nk singgah kwsn kolam ni
Quote gaara_X 6-2-2017 01:12 PM
tahap kebersihan tak bagus....
Quote pr3ttytw33ty 6-2-2017 01:19 PM
Aku geli mandi kt kolam2 bertakung nih. Kalo xde virus pn tp aku tetap geli. Dok terbayang sisa kumbahan ( org kencing ) yg org tggl kn dlm tu. Yucksss
Quote she 6-2-2017 01:26 PM
pr3ttytw33ty replied at 6-2-2017 01:19 PM
Aku geli mandi kt kolam2 bertakung nih. Kalo xde virus pn tp aku tetap geli. Dok terbayang sisa kumb ...

Kalau tengok kolam air panas kt Legong tu lagi lah...nk sua kaki pn x lalu
Quote fromheaven 6-2-2017 01:46 PM
Sampai 11 kes. Kena hati hati guys
Quote BebeQ 6-2-2017 01:55 PM
baiklah hindarkan tempat2 berair ni sebab kalau vaksin rota ni status halal belum dijumpai.
Quote Artemesiaa 6-2-2017 02:06 PM
Bila kebersihan tak berapa dijaga macam2 virus dan penyakit le menyerang.  Sampah main buang ikut suka je mana le tikus tak datang berkeliaran.  Ni bila dah jadi kes baru le gigih nak buat siasatan dan kerja pembersihan.   Tapi berapa lama sangat bertahan bila dah lama semua dah lupa apa yang dah jadi sebelum ni mula le kebersihan diabaikan maka berulang le kes seperti tu dimasa depan.
Quote inisiatif 6-2-2017 02:11 PM
dimana tempat kotor di situ lah tempat bakteria dan kuman .. alah bakteria dan kuman bosan lah tu hari hari je mendiami longkang, baik tinggal di kolam tu..
Quote red_cattleya 6-2-2017 02:15 PM
nasib baik aku tak suka ke tempat2 gini.
Quote Lolalala 6-2-2017 02:28 PM
armin replied at 6-2-2017 12:38 PM
Kudis api th mcm mana

boleh google kudis api atau impetigo. senang merebak lagi2 budak kecik. dia merebak bila air bisa pecah.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047815 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top