CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bila Ikan Mat Saleh 'Salmon' Masak Asam Pedas, Melampau Sedapnya

6-2-2017 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13493| Komen: 32|Original author: Oleh: Adib ZA


Hai enaknya rasa masakan ikan masak asam pedas. Lebih-lebih lagi jika dapat menggunakan daging ikan segar. 

Pun begitu, apa kata berikan sentuhan kelainan dengan penggunaan ikan yang berbeza kali ini iaitu ikan salmon.Biar betul?

Biasanya, ikan 'mat saleh' ini sering dimasak dengan cara memanggang yang memang sinonim dengan cara masakan barat. Tetapi, masih ramai yang tak tahu ia juga boleh dimasak dengan resipi ala Malaysia seperti kari dan juga asam pedas. 

Tak terlalu sukar, sama sahaja dengan resipi asam pedas yang lain. Jom cuba nanti!

Foto: Seleraputeri.blogspot.my
Bahan-bahan
2 keping ikan Salmon
1 batang bunga kantan (dibelah dua)

1 batang serai (diketuk)
Sedikit daun kesum (anggaran segenggam)
Minyak untuk menumis

Bahan kisar
5-6 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
5-6 sudu cili boh

Bahan Perasa
1 cawan air asam jawa
1 sudu teh jintan manis
1-2 sudu teh garam
1 camca besar gula

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.

2. Masukan air asam dan 3-4 cawan air dan renihkan sebentar hingga kuah menjadi pekat.

3. Masukan bahan perasa dan kacau.

4. Masukan ikan dan masak selama 4-5 minit dan masukan daun kesum, serai dan bunga kantan. Renih hingga ikan menjadi lembut.- CARI


Kredit resipi: Hariharimasakmakan.blogspot.my

Foto: Aziejaya.blogspot.com
3

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hatikudus 6-2-2017 03:43 PM
Sebelum ni pernah try kari kepala salmon...sodappp
Quote Rainrein 6-2-2017 03:49 PM
Selalu baca kat blog masakan cakap ikan salmon sedap kalu masak kari or asam pedas tapi x penah try lagi sebab tekak x leh terima salmon.
Quote boobam 6-2-2017 05:59 PM
nampak sedap sangat..boleh la cuba
Quote cik-jaja 6-2-2017 06:28 PM
kalau xsilap, rasa dye mcm ala2 ikan tenggiri.. eh? ke tekak ambe je
Quote cknoriz 6-2-2017 07:39 PM
cool..nnti nk try
Quote de_ikea 6-2-2017 07:51 PM
Kepala salmon asam pedas sedappp
Quote umbut 6-2-2017 08:10 PM
Salmon memang sedap.. lagi2 grill perah lemon harga je tak thn mhl
Quote alesandra 6-2-2017 10:31 PM
ikan mat saleh???
Quote pearl.silver 6-2-2017 11:39 PM
Ada org tu siap wat laksa salmon lagikk
Quote binisupir 7-2-2017 01:49 AM
wajib cuba ni
Quote mbhcsf 7-2-2017 02:18 AM
Edited by mbhcsf at 7-2-2017 03:20 AM

yes darling , i ve tried one time too many dear alhamdulillah sedap without sugar nor salts

masak asam pun sedap ...yups cepat masak ...
Quote mbhcsf 7-2-2017 02:19 AM
thank u for the recipe ...memang sedap ...
Quote fusarium_neo 7-2-2017 05:50 AM
Saya pernah try..memang sedap..rasa berlemak ikannya
Quote hyunniesSS501 7-2-2017 12:20 PM
sedap hoii salmon. setakat ni makan yg panggang or goreng. sedappp
Quote DARSITA 8-2-2017 04:26 AM
Tak sedap langsung!! nanti aii tepek gambar masak asam pedas salmon bebaru ni.

Aii cuma beli tulang ikan salmon. Goreng garing garing mak oiii mcm makan ayam goreng kampung!!
Quote merrissa 8-2-2017 05:28 AM
sodap masak kepala salmon asap pedas..kari pon sodap
Quote NOWORD 8-2-2017 12:35 PM
Tak pernah try masak asam pedas..nanti nak try..kalau kari tak sedap..tak boleh masuk..
Quote DARSITA 9-2-2017 02:28 AM
salmon.jpg

taraaa ... kepala ikan salmon masak asam pedas. Kepala tu aii goreng dulu.

Quote aurorae 9-2-2017 07:28 AM
sedap,  aku suka asam pedas  dan kari kepala salmon.   Cebisan tulang sirip dan ekor pula sedap masak goreng tepung.  Kepingan salmon tak mampu nak beli.  Tapi dulu2 suka masak grill perah lemon je.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.100467 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top