|
Merujuk kepada laporan Sinar Harian bertarikh 4 Februari serta di Twitter yang menyatakan terdapat ternakan lembu yang kebuluran akibat banjir yang tular di media sosial, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tampil memberi penjelasan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjelaskan sejak hari pertama berlaku banjir 26 Januari lalu, pihaknya telah mula memantau keadaan dan keselamatan ternakan lembu yang terkepung akibat banjir di Kampung Sungai Ganchong. Turut dinyatakan, penternak telah dinasihatkan untuk memindahkan ternakan dengan bantuan DVS tetapi pihak terbabit enggan beri kerjasama. Sehubungan itu, melalui Pejabat Veterinar Daerah Pekan, DVS juga juga memberi bantuan 76 beg makanan ternakan kepada penternak iaitu pada 27 Januari sebanyak 500 kilogram (10 beg) dan 825 kilogram silaj (33 beg) pada 2 Februari bersama pihak Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR). "Sementara pada 5 Februari, sebanyak 825 kilogram silaj (33 beg) disalurkan kepada penternak."- CARI
|
|
13
![]() Bagus |
22
![]() Marah |
12
![]() Terkejut |
18
![]() Sedih |
19
![]() Lawak |
16
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.047681 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.