CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Inilah Sebabnya Kenapa Kami Serik Nak Buat COD Lagi - Peniaga Kek Terbeban

8-2-2017 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 25512| Komen: 99|Original author: Oleh: Adib ZA


Bukan mudah menjadi seorang peniaga, yang orang lain nampaknya hanya kemewahan dan juga rumah besar, kereta besar.

Apatah lagi pada zaman peniaga online tumbuh bak cendawan, pelbagai kisah yang kita dengari tentang golongan tersebut daripada mulut pelanggan sendiri. 

Pun begitu, kadang kala mungkin sesetengah pelanggan tidak faham mengapa servis yang mereka mahukan tidak disediakan oleh peniaga online itu. 

Ini termasuklah servis Cash On Delivery atau COD yang semakin menjadi pilihan ramai pada masa ini. Sehingga menyebabkan ramai yang beralih arah mencari peniaga lain kerana mahukan servis COD itu.

Antara perkongsian daripada peniaga kek online tentang pelanggannya.

Seorang peniaga kek yang sering mendapat tempahan kek perkahwinan berkongsi pengalaman mengapa dia tidak lagi membuat servis COD untuk tempahan keknya. 

Ini termasuklah rungutan daripada pelanggan sendiri yang mengatakan caj penghantaran tersebut mahal, selain sukar menemui tuan empunya badan yang sedang sibuk berkahwin. "Tak tahu nak letak kek kak mana sebab pengantin sedang sibuk..dah terkebil-kebil di rumah pengantin."

Anda boleh baca selebihnya di bawah ini.



Ada benarnya apa yang diperkatakan oleh peniaga ini. Dia sanggup 'kehilangan' pelanggan yang mahukan COD berbanding menyusahkan diri menghantar kek tersebut sendiri kepada pelanggan. 

Terlalu banyak karenah pelanggan pun sukar, lebih baik lakukan sesuatu yang memudahkan kedua pihak, bukan begitu? - CARI 
8

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • nabila11

  • Bosan

    Anonymity

  • sabahkk

  • lola

  • Marah

    Anonymity

  • nononcrux

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_Kimmy 8-2-2017 01:28 PM
memang menyusahkan......anak buah aku pun buat tempahan kek, dia COD pun orang2 yg dia dah kenal lama, yg dah biasa tempah dgn dia......selebihnya dia suruh ambik je kat rumah dia.
Quote missinpiece 8-2-2017 01:35 PM
COD yg senyap smpai sudah pon ade.. Kita keluar modal dulu. Last2 rugi lg ade
Quote doublethread 8-2-2017 01:39 PM
Customer kalau nak COD sebab masalah transport atau masa, aku paham sangat. Tapi hat yang complain pasal ada COD charge, pada aku memang super gedik. Gedik dan vodo.  Titik.
Quote krustykrab 8-2-2017 01:44 PM
Alah susah2 sgt berkira nk bayar, buat sndiri je la...
Quote pearl.silver 8-2-2017 01:47 PM
Takpela..klu kek memang sedap dah decor cantik..org tetap x kisah pickup kt umh
Quote talapia 8-2-2017 02:05 PM
pada aku.. kalau kek kawin... kenala hantarkan.. tapi bukanla COD.. duit dah bayar.. tinggal deliver aje.. ye la.. kek2 kawin bertingkat2 ke.. xkanla nak self pick up... manela org reti nak bawak kek elok2.. pastu nak pasang tiers nya lagi...

tapi kalau kek2 biasa.. self pick up aje la... COD  bole.. extra caj
Quote WajibulGhunah 8-2-2017 02:14 PM
Salitnya hati baca
Kalau meols selagi peniaga tu x buat masalah meols ok

Stakat harga murah apa semua tu tolong la pikir sndiri
X pnh pi kedai ke tngk harga2 tepungg apa semua tu?
Ingt turun dri langit ke?!
Quote prettyuglybabe 8-2-2017 02:19 PM
nyampah pulak aku nak berniaga tapi komplen itu ini..
adat la berniaga ko jumpa pelbagai kerenah..
baru kerenah mcm tu tak tak sabar, mcm mana nak maju..
orang tempah kek kat orang peniaga sebab nak sampai depan rumah la..
kalau pick up, baik tempah beli amik kat kedai je..
Quote aTiKah_aYuNi 8-2-2017 02:28 PM
dulu mak ada pendapatan sampingan buat kek dan target customer cuma dikalangan kawan2 dia..

mmg bnyk kali la kalau mak buat, lps tu keje shift pg..

kitaorg la yg kena hantar kt rumah kawan mak tu..bukan nyer kenal..

rasa terkial2 pulak kt rumah org..

belom lagi masa dalam perjalanan, kek terbalik dalam kereta gara2 emergency break...

kira x best la COD kek ni...
Quote CiliPadiSedap 8-2-2017 02:41 PM
Pelanggan ni sebahagian kecil je bodo nate beruk.. kita niaga jangan mengemis.. kita naikkan value kita cari pelanggan berduit dan hormat bisnes kita.. sabarlah adat niaga.. sometimes seller always right
Quote Artemesiaa 8-2-2017 02:45 PM
Ada betulnya apa yang dia katakan tu sebab tu elok masuk je cost transport kalau dia nak mintak tolong deliver sekali.  Juga kena mintak full payment sebelum deliver sebab banyak kes kata je dia setuju COD tapi bila dah sampai nanti dia mintak tangguh bayar cukup bulan nanti.  Tu pun kalau dia masih ikhlas nak bayar ada tu buat senyap je buat2 lupa
Quote ciwi1166 8-2-2017 03:08 PM
tak ada respect langsung yg wat2 hal ni...
Quote kisahkeaku 8-2-2017 03:12 PM
caj delivery mmg kena ada..akak beli brg apa2 cod mmg selalu je ada caj ni..x penah pulak free....
Quote matchstick 8-2-2017 03:22 PM
xnak bg org komplen caj COD mahal, ckp je COD free dlm jarak bpa km.. rega kek tu letak la mahal sikit campur siap2 kos penghantaran tu.
Quote EvieWanKenobi 8-2-2017 03:41 PM
ambik kesempatan je diorang ni..
kalau boleh, nak free..
Quote Jigglyjiggle 8-2-2017 03:48 PM
Saya jual barang semua by mail tak kira tempat org tu 10 minit dari ofis. Sebab banyak kawan komplen tunggu sampaj sejam baru muncul. Ada cancel last minit bagai.
Quote nuralisa 8-2-2017 03:50 PM
lagi satu taktik pembeli nak COD sbb dia nak mintak kurang..
sblm setuju jumpa cod dia mintak kurang tpi kita x bagi...
bila cod dia buat muka kesian nak mintak kurang..

sbb tu aku dah x mo cod lagi...
lgipun buang masa.. x penahnya tepat janji...
Quote siputsedut 8-2-2017 03:55 PM
Aku check harga kek homemade kt kelantan mmg sgt murah berbanding kt pantai barat.. wonder gk camne dorang ni survive dgn jualan kek murah.. jual mahal kang sure kasteme ckp baik beli secret recipe je... saborlah kak
Quote WhiskeyScotch 8-2-2017 04:38 PM
Kalau customer yg macam celaka over nak mampus tu buang je dari senarai customer. Customer jenis macam ni jgn diberi muka sangat.

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.192046 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top