CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bagaikan Di Negara Bersalji, Suhu Puncak Gunung Kinabalu Kini Cecah 2°C

10-2-2017 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16033| Komen: 85|Original author: Oleh : Dean BZ


Gunung Kinabalu yang sememangnya gah dan tidak asing dikalangan pelancong tempatan dan luar negara kini sekali lagi menjadi tumpuan ramai pendaki semenjak berlakunya "fenomena suhu sejuk" sehingga mencecah 2°C.

Memetik portal SiakapKeli, pendaki-pendaki ke puncak Gunung Kinabalu pada bulan ini nampaknya berpeluang untuk melihat sebahagian kawasan Low Peak gunung berkenaan membeku susulan suhu puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu kembali mencatat suhu yang sejuk.

Apa yang menarik permukaan pada kolam, lopak air dan embun berdekatan puncak gunung itu juga membeku seperti mana tanah tinggi di Asia Tenggara lain kesan tiupan angin sejuk dari Siberia.


Presiden Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi berkata, situasi yang dialami ketika ini dianggap sebagai sesuatu yang berbeza.

"Cuaca sejuknya berbeza sekali tetapi ia tidak mengganggu aktiviti pendakian ke puncak gunung," katanya.

Pengurus Taman Kinabalu Sabah, Yassin Miki berkata, suhu di gunung itu pernah mencecah di bawah paras sifar Celsius.



"Keadaan air membeku menjadi ais adalah satu fenomena kerana kedudukan kita di tengah Asia Tenggara yang sentiasa panas dan lembap," katanya.

Suasana ini merupakan satu pengalaman menarik bagi pendaki-pendaki tempatan kerana ianya tidak akan dijumpai di tempat lain di Malaysia, bahkan pokok-pokok yang hampir beku seolah-olah ianya diselaputi salji.

Menurut seorang Malim gunung yang menggunakan nama Facebook Refflisia Putih, sejarah pembentukan ais di puncak kinabalu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pembentukan ais juga pembekuan embun pernah dilaporkan pada tahun 1975, 1990 dan 1993, selain 2 tahun lalu selepas kejadian gempa bumi iaitu di rekodkan pada tahun 2015 dan 2016.

"Pada tahun ini pembentukan pertama berlaku lagi dan menjadi satu fenomena bagi kita dan menjadi suatu kebanggan bagi warga Sabahan kerana menjadikan satu-satu tempat dimana pembentukan ais boleh berlaku dalam linkungkan terbuka, malah dalam persekitaran cuaca khatulistiwa," tulisnya. 

Jadi buat para pendaki dan penggemar aktiviti lasak, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan sendiri keindahan di puncak Gunung Kinabalu yang kini "membeku". - CARI










Sumber Gambar: Mount Kinabalu, 1Sabah, dan Badrul Munir - Cahaya Bulan
12

Bagus
29

Marah
25

Terkejut
14

Sedih
20

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Muntz 10-2-2017 11:47 AM
Kalau tinggi sikit jer lagi, mesti lebat snow.
Quote bellxx 10-2-2017 11:52 AM
wowww bestnyaaaa tapi macam sejuk bebeno tuuu
Quote chacon 10-2-2017 12:00 PM
jangan pelik kalau suatu hari nanti malaysia berubah jadi 4 musim dan negara2 eropah pula jadi semusim jah. masa tu berbondong2 lah rakyat korkosen bertandang ke malaysia sebab rindu nak main salji
Quote sebu 10-2-2017 12:01 PM
Cantikkkkkkkknye
Quote Grndrbi 10-2-2017 12:02 PM
No wonder cuaca kmarin aman saja... Tgh panas terik pun x terasa bahang
Quote supernaturalee 10-2-2017 12:02 PM
panjat gunung pakai jeans je



Quote RatuDunia94 10-2-2017 12:04 PM
Wah kan best kalo kt laman umah i mcm ni je..
Quote chazey 10-2-2017 12:05 PM
Kalau sejuk2 sampai raya best jugak.
Quote ronapink 10-2-2017 12:16 PM
wow   bestnya..   
Quote fishcracker 10-2-2017 12:34 PM
bestla....iol harap sabah akan sejuk sampai new year next year,iol nak pi sabah ujung tahun ni sambil merasa kesejukan di bumi msia
Quote lavilavi 10-2-2017 12:34 PM
9 bulan akan datang, kompom jumlah baby meningkat di Sabah..
Quote ira79 10-2-2017 12:50 PM
cuaca camtu Nampak je best, tapi hakikatnye sgt2 sejuk bg org yg biasa dok tpt panas mcm kita nih. sy biasa gi overseas masa sblm salji... salji dah cair.. mmg matsalleh pki tshirt n jeans, tapi sy ngan kawan siap jaket tebal, sarung tangan lgi. pakai stokin tebal + sport shoes pun masih rasa sejuk kaki sampai ke tulang. bab kulit kering tu mmg losyen2 biasa kita xjalan.. suhu camtu kena pakai losyen yg power2. kalau tak, kulit mcm kertas pasir jadinyer.

cuaca sederhana ok la.. xmo panas melampau ngan xmo banjir2. lega dah.
Quote saladin780 10-2-2017 12:55 PM
ira79 replied at 10-2-2017 12:50 PM
cuaca camtu Nampak je best, tapi hakikatnye sgt2 sejuk bg org yg biasa dok tpt panas mcm kita nih. s ...

tak nak la sejuk sgt kan....malaysia ni kalu suhu sekitar 20-24 pun dah syukur sangat
Quote rospinki 10-2-2017 01:11 PM
takle beza ke snow dgn suhu sejuk..faktor ketinggian dan cuaca suhu rendah..tapi bkan salji yg turun walo gunung tu lagi tinggi.

next pls.
Quote dauswq 10-2-2017 01:18 PM
ira79 replied at 10-2-2017 12:50 PM
cuaca camtu Nampak je best, tapi hakikatnye sgt2 sejuk bg org yg biasa dok tpt panas mcm kita nih. s ...

ye benar
org yg duduk oversea bertahun-tahun pastinya rase meluat bile musim sejuk ni tiba..
lagi2 kesejukannya smpi menggigit badan...

Quote ~boolean 10-2-2017 01:23 PM
20C pun aku dah balut badan dengan 3 selimut tebal...
Pprt sangat macam mana nak tinggal obersi macam peYno kalau sejuk pun tak tahan..
Quote Mary_jane 10-2-2017 01:54 PM
Lembah klang jua lah yang panas membahang.
Quote supernaturalee 10-2-2017 03:10 PM
Mary_jane replied at 10-2-2017 01:54 PM
Lembah klang jua lah yang panas membahang.

lg mcm2 fesyen ala2 winter yg akn keluar
even panas pun gegeh bersweater
bajet kpop
xsedar cuaca di tmpt sndiri membahang







Quote teha86 10-2-2017 03:20 PM
2 degree tu sejuk.. mase aku naik snow mountain... cabin tempat kitorg stay tu 1degree.. gile sejuk..kasut sume aku letak dalam sleeping bag.siap letak botol air yg ade air panas msuk dalam sleeping bag..sebb xtahan sejuk... tu lom sampai peak lagi..peak 800m.. kat peak.. -15 degree...ko bygkan..aku pakai berlapis2...

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.134259 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top