Isu pengasuh bermasalah bagaikan semakin berpanjangan dan tidak akan selesai. Ada sahaja isu baru dibangkitkan serta menjadi tular di laman sosial.
Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi luahan hatinya yang kecewa dengan sikap seorang pengasuh dipercayai mengabaikan keperluan anaknya ketika berada dalam jagaan pengasuh itu. "Saya pakai susu formula sebab pengasuh tak nak panaskan susu badan saya. Geli katanya. "Pengasuh minta saya belikan puting. Katanya anak saya kuat menyusu dan kalau ada puting, lama sikit tidurnya," adu wanita itu. Hati ibu mana tak sedih apabila mendapati anaknya menyusu semahu-mahunya seperti kelaparan selepas pulang dari rumah pengasuh berkenaan. Naluri wanita tersebut kuat mengatakan pengasuh itu tidak memberi susu kepada anaknya.
"Naluri saya kuat cakap pengasuh tak beri susu, kalau anak menangis, dia sumbat puting saja," katanya. Bukan itu sahaja, pengasuh itu juga mengabaikan anak wanita tersebut dengan membiarkan lampin dipenuhi najis tanpa memandikannya. Sebak melihat keadaan anaknya diperlakukan seperti didera, wanita itu tertanya-tanya apakah sebab pengasuh berkenaan bertindak sedemikian? "Pengasuh buat anak saya begitu sebab saya bayar dia sikit sangat ke?" luahnya. Perkongsian luahan hati itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. "Geli susu ibu? Alasan tak munasabah. Cari saja pengasuh lain!" komen seorang netizen. Tak baik menganiaya anak orang, berdosa. Mengapa terima untuk mengasuh anak orang jika tak sanggup pikul tanggungjawab itu? Ibu bapa juga diingatkan supaya selidik dahulu latar belakang pengasuh sebelum menyerahkan anak kepada mereka. - CARI
|
7
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
JerukBuaya replied at 10-2-2017 09:22 AM
anak jagalah sendiri
ADVERTISEMENT