|
Umum mengetahui yang pelakon Sharnaaz Ahmad memang terkenal dengan sikap dirinya yang gemar berterus-terang dalam membicarakan sesuatu hal. Baru-baru ini dia telah memuat naik status di Twitter yang mendapat perhatian ramai peminat dan agak kontroversi. Dalam tweet itu dia seolah-olah mempertikaikan kemampuan dan kredibiliti seorang artis lelaki yang dipercayai sebagai Fattah Amin. Sebelum ini Fattah telah melancarkan buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin dan entah dendam apa yang dipendam Sharnaaz membuatkan dia mengeluarkan kata-kata amarah tersebut.
Sharnaaz juga mempersoalkan apa pencapaian yang dicapai Fattah dan tahap kesusasteraan yang dimiliki Fattah sehingga mampu mengeluarkan buku. Kisah ini menjadi viral di media sosial dan ramai menyokong kenyataan yang dikeluarkan Sharnaaz namun ramai juga membantah tindakannya itu yang disifatkan sebgai kurang hajar. Walau apa pun yang berlaku di antara mereka berdua, diharap ia dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Setakat ini belum ada lagi respon yang diterima dari Fattah berhubung perkara ini. -CARI |
|
27
![]() Bagus |
28
![]() Marah |
26
![]() Terkejut |
38
![]() Sedih |
37
![]() Lawak |
42
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.273906 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.